Posted on Thursday, March 20 @ 08:37:12 MYT by greenboc
Oleh bwan
"
Salam semua warga TKO,
Tatkala rakyat keseluruhannya mula bersuara, maka berlakulah Tsunami di seluruh negara kecuali di Borneo yang terlindung daripada tempiasnya. Sudah jelas, terang lagi bersuluh, bahwa segenap lapisan rakyat mahukan perubahan. Banyak suara mengatakan kegagalan BN mempertahanakan majoriti 2/3 bukan semata-mata kerana rakyat terpikat dengan manifesto pihak pembangkang semata-mata. Tetapi, lebih didorong kepada perasaan mual, cemuh dan jijik dengan BN yang kelihatan gagal dalam semua agendanya sama ada dari segi ekonomi atau sosial. Penolakan rakyat terhadap BN bermakna penolakan terhadap kepimpinannya, AAB. Mungkin, sebahagian besar penyokong tegar UMNO dan BN masih memberikan undi kepada BN kerana masih sayangkan parti. Namun yang jelas, mereka rata-rata menolak kepimpinan AAB.
Apakah yang AAB mahu? Memperbaiki UMNO dan BN? Mustahil itu boleh dilakukan. Umum mengetahui kemerosotan BN berpunca darinya. Adakah logik untuk beliau yang mahu menyelamatkan BN? Jangan memperdaya rakyat dengan tidak menyenaraikan menantumu wahai Pak Lah. Khairy tidak perlu menjadi ahli kabinet, kerana sudah sekian lama Khairylah yang mengetuai kabinet itu. Dan sekarang pun Khairy telah memulakan tugasnya sebagai PM dengan membariskan Barisan Najis untuk tempoh empat tahun akan datang.
Wahai sekalian rakyat,
Selamatkan Malaysia daripada keluarga Badawi ini yang akan memufliskan tanah air kita. Jangan biarkan anak-anak cucu kita menuduh kita tidak berbuat apa-apa ketika hak kita sebagai rakyat dicabul semahu-mahu oleh keluarga Badawi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI