Pembahagian portfolio Exco Kelantan serlah kemantapan |
Salmah Mat Husain� Fri | Mar 21, 08 | 9:56:55 am MYT | |
KOTA BHARU, 21 Mac (Hrkh) -�Tiada perubahan besar berlaku pada portfolio Exco Kerajaan Kelantan untuk penggal ini walaupun tiga muka baru termasuk seorang wanita dilantik sebagai anggota Exco. Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob berkata, Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal menerajui Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli. Manakala beliau sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, (sebelum ini diterajui Dato' Husam Musa) dan mengekalkan portfolio lamanya Pembangunan Tanah dan Wilayah. Husam turut mengekalkan portfolio lama sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan. "Portfolio Kebajikan menggantikan Pembangunan Masyarakat yang diguna sebelum ini supaya ia seiring pentadbiran kerajaan negeri ke arah negeri berkebajikan. "Bagi portfolio Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat diterajui Dato' Anuar Tan Abdullah, manakala Ustaz Mohd Amar Abdullah pula mengekalkan jawatan lamanya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah," ujarnya di Kota Darulnaim semalam. Dato' Takiyuddin Hassan mengekalkan portfolio lamanya iaitu Kerajaan Tempatan serta ditambah jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan. Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman turut mengekalkan portfolio lama, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar serta turut ditambah portfolio baru, Perumahan. Abdul Fattah Mahmood turut mengekalkan jawatan lamanya, Belia, Sukan dan Ngo serta di samping portfolio baru Pembangunan Insan, Exco baru yang dilantik, Dr Mohd Fadzli Hassan diamanahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi. Che Abdullah Mat Nawi sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, manakala Wan Ubaidah Omar sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan. Ahmad berkata, saf anggota Exco yang mantap itu diyakini masalah rakyat di semua peringkat dapat diatasi dengan baik. "Saya juga berkeyakinan penuh, anggota Exco kita dapat menjalankan tugas mereka dengan baik, termasuk tiga orang muka baru," ujarnya. - mj/ mr |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI