Posted on Tuesday, March 18 @ 08:36:56 MYT by greenboc
Oleh omaradical
"
Seluruh negara heboh apabila penasihat DAP mengusulkan 18 angota DUN DAP di Perak memboikot Majlis Perlantikan Menteri Besar Perak. Seluruh jentera KERAjaan Be End (TV3, RTM, Utusan Melaysia, Berita Hairan dan seumpamanya) turut menghentam Lim Kit Siang.
Tidak cukup dengan itu rakan seperjuangan DAP dalam Barisan Rakyat (PAS dan PKR) turut menjadi mangsa. Akhirnya Lim Kit Siang akur dengan keterlanjurannya dan memohon ampun-maaf seikhlas hati kepada DYMM Sultan Perak. Persoalannya apakah pula status Shahidan yang secara terang terangan memboikot majlis perlantikan MB Perlis? Adakah Shahidan Biadab? Adakah watikah PM yang di perolehnya lebih berdaulat dari DYMM Raja Perlis? Hishamudin patut menghunus keris UMNO kepada penderhaka yang biadab dan menghina DYMM Raja Perlis. Daulat Tuanku.
Shahidan tidak hadir majlis angkat sumpah (Utusan Meloya 18/3/08)
ARAU 17 Mac – Ketiadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim pada Majlis Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Perlis yang baru di Istana Arau di sini hari ini menjadi buah mulut mereka yang menghadiri majlis tersebut.
Kecuali Shahidan, 14 lagi ADUN di negeri ini menghadiri majlis berkenaan. Turut hadir ialah empat ADUN yang sebelum ini didakwa menyokong kempen Shahidan untuk terus menjadi Menteri Besar.
Usaha pemberita di sini untuk menemui bekas Menteri Besar Perlis itu sejak awal pagi bagi mendapatkan komen beliau berhubung pelantikan Menteri Besar baru, Datuk Dr. Md. Isa Sabu juga gagal apabila beliau tidak menjawab panggilan telefon.
Difahamkan Shahidan berada di negeri ini tetapi wartawan yang mencarinya di kediaman rasmi Menteri Besar di Kangar tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan yang bertugas. Cubaan mengesan Shahidan di rumahnya di Tambun Tulang juga gagal.
Setiausaha Akhbarnya, Syed Omar Syed Mohamad ketika dihubungi menyatakan Shahidan enggan menemui wakil media.
Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar yang juga bekas Setiausaha Akhbar Shahidan, Datuk Hashim Suboh berkata, bekas Menteri Besar itu perlu diberi ruang untuk menenangkan diri ekoran himpitan politik yang diterimanya sepanjang berlangsung Pilihan Raya Umum Ke-12.
Beliau percaya tekanan yang diterima oleh Shahidan kali ini amat hebat apabila beliau bukan sahaja menerima tentangan daripada parti pembangkang tetapi juga perlu menyelesaikan pergolakan dalaman UMNO.
‘‘Beliau menjalankan tugasnya dengan lapang fikiran tetapi akhirnya apa yang sepatutnya ‘diberikan’ kepadanya tidak seperti yang dijanjikan. Dalam keadaan begini beliau perlu diberikan ruang untuk menenangkan diri,” katanya.
Pelantikan Menteri Besar Perlis selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu menjadi isu hangat apabila Shahidan dikatakan telah memperoleh watikah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk terus menerajui Perlis tetapi beliau tidak mendapat restu daripada istana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI