Posted on Tuesday, March 18 @ 08:42:56 MYT by greenboc
Oleh ibnuhasyim
"
SYAHDAN, al-kisah, maka tersebut cerita seorang petani di zaman dahulu. Seekor kerbau membantunya, menenggala dan membajak tanah, seolah-olah menolong seluruhnya petani itu bercucuk tanam. Kerbau itu berfikir, hanya dialah yang memberi rezeki kepada petani itu untuk hidup. Kalau dia tak tolong mungkin petani itu mati kelaparan.
Tetapi mengapa petani itu melayan seekor kucing dengan baik? Kucing itu pada sangkaan sang kerbau, adalah kesayangan petani. Amat dimanjakan, sedangkan kucing itu tidakpun mencari makan pada petani itu, bahkan perlu diberi makan padanya. Mengiau-ngaiu meleser, minta itu dan ini. Sentiasa duduk dibelai di atas riba tuannya.
Suatu hari fikir kerbau itu, “Aku juga nak hak layanan sama atau lebih seperti yang diberikan pada kucing itu juga…”
Seperti biasa selepas penat bekerja di sawah, sedang petani itu duduk-duduk bersantai, tiba-tiba sekonyong-konyongnya melompatlah kerbau itu cuba duduk di atas riba tuannya, ingin dimanjakan.
Wah! Betapa terkejutnya sang petani, hampir tercedera dibuatnya. Kerbau itu dibelasah dan dipukulnya, atau dihukum...
Begitu juga dalam PRU 12 baru-baru ini, rakyat adalah tuan. Rakyatlah yang telah memberi kuasa sudah 50 tahun kepada BN kerbau, supaya membangunkan bumi Malaysia. Melalui media massanya, BN begitu angkuh dan sombong, ingin mengubah atau ‘merawat’ cara berfikir rakyat. Berdegar-degar berkokok, walau ekor penuh bergelumang tahi. Bagai kacang bertelanjang, sudah tiada kenal kulitnya. Senyum-tawanya bagai kerang busuk.
Kini rakyat memberi amaran akan menolaknya terus, sebagai satu cara untuk merawat ‘fikiran kerbau’nya yang beracun itu. Rakyat mula nak menghukum kerbaunya, jangan membandingkan dengan kucing yang masih belum diberi ‘kuasa kerbau’. Oh BN, otakmu macam otak kerbau. Rakyat tolak kerana otak kerbau…
Masih sembang-sembang PRU 12. Wallahu’aklam.
Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 18-03-08. KL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI