Posted on Wednesday, March 19 @ 08:41:47 MYT by greenboc
Oleh semutberduri
"
Antara desas desus yang terdengar dikalangan para penyokong arus pembangkan dari situasi pilihanraya umum ke 12 yang lalu baru baru ini Apa yang diperbualkan termasuklah perihal saudara Anwar Ibrahim mantan timbalan PM sebelum ini.
Beliau disebut sebut akan bertanding dalam pilihanraya kecil pada bulan april atau mei akan datang. Terdengar juga kerusi parlimen Permatang Pauh bakal diserahkan kepada beliau untuk ditandinginya nanti, yang mana sekarang ini kerusi tersebut diterajui Dr.Wan Azizah yang juga isterinya. Saudara Anwar dipertaruhkan agar dapat bersama sama ahli ahli pembangkang yang lain untuk menwarnai kerenah kerenah diparlimen nanti.
Dalam perbualan kalian ketika itu, adalah lebih elok juga saudara Anwar dicadangkan untuk bertanding dikerusi parlimen Bandar Tun Razak yang mana sekarang ini kerusi itu dipegang Dato Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor.
Harapan ini diperkuatkan lagi dengan perlunya Anwar berada di Selangor yang menjadi tampuk utama penguasaan “Barisan Rakyat” ketika ini. Yang mana Selangor sebelum ini diwar warkan dengan “sifar pembangkang”. Keadaan ini juga akan membakar semangat perjuangan rakan rakan yang lain sama ada dari PAS, DAP mahupun PKR sendiri.
Dato Khalid Ibrahim sudah punya dua kerusi ia itu DUN Ijuk dan Parimen Bandar Tun Razak, sesuailah kerusi parlimen itu diserahkan kepada Anwar untuk bertanding dan seandainya kerusi itu tertewas bermakna Dato Khalid masih lagi boleh menerajui kerajaan negeri sebagai menteri besar, hal ini sedikit berbeza dengan kerusi permatang pauh yang menjadi satu satunya kubu PKR sendiri, sekiranya tertewas bermakna secara tak langsung Wan Azizah telah kehilangan satu kerusi pembangkang didewan kerana ia hanya memegang satu kerusi sahaja tak sepertimana Dato Khalid.
Diakhir perbualan kami itu sempat juga disentuh hal perlantikan exco. Bagi PAS dirasakan ada juga baiknya jika dilantik Hj.Mohd Sabu bersama Ust.Harun Din. Kedua dua mereka ini menpunyai pengalaman dibidang masing masing. Mohd Sabu pernah beberapa kali berada di parlimen sebelum ini dan ketokohan Ust.Harun Din agak sukar untuk dinafikan. Semuga perjuangan ini dapat berkembang dengan baik insya Allah. Sekian terimakasih!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI