Posted on Thursday, March 20 @ 01:23:35 MYT by greenboc
Oleh omaradical
"Dewasa ini heboh diperkatakan rakyat tentang kepincangan Kabinet baru yang dilantik oleh PM. Antaranya
- BN ketandusan pemimpin berkaliber untuk memimpin (Buktinya seramai 6 senator telah dilantik termasuk mereka yang pernah dipecat UMNO, terlibat dengan skandal rasuah, membawa keluar RM3 juta di Australia, menderhaka kepada DYMM Sultan Selangor dan sebagainya)
- Kabinet Boneka Khairy (Buktinya dengan perlantikan kroni2nya seperti Nazri Aziz, Bernard Dompok, Zahid Hamid, Zaid Ibrahim dan Amirsham sebagai menteri)
- Kabinet yang sangat lemah (Buktinya dengan penolakan jawatan oleh mereka yang telah dilantik seperti Datuk Anifah Aman dan Datuk Seri Tengku Azlan)
Seperti biasa rakyat telah digula-gulakan oleh media pro KERAjaan sebagai KABINET DINAMIK oleh PM sendiri, KOMBINASI MANTAP oleh Najib, KABINET SEIMBANG DAN MESRA RAKYAT oleh Persatuan Bekas Kastam (Perbekas), KEJUTAN YANG MENGEMBIRAKAN RAKYAT oleh Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM) dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu hampir setiap hari rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM membincangkan (Memuji semestinya) kabinet pilihan Pak Lah kali ini. Tidak langsung kedengaran kritikan-kritikan membina dari kalangan ahli2 akademik, ahli2 politik didalam dan diluar kerajaan persekutuan serta rakyat di halaman media arus perdana. Adakah pilihan PM ini cukup sempurna sehigga tiada langsung cacat celanya? Dimanakah kedudukan Islam Hadari sebagai pegangan PM tanpa menteri di JPM yang bertanggungjawab terhadap portfolio agama?
Namun KERAjaan sepatutnya memikirkan kaedah yang lebih berkesan untuk memperbodohkan rakyat. Penggunaan jentera KERAjaan (Felda, KEMAS, PDRM, SPR dsb) dan media (RTM, Media Prima, NST dsb) secara keterlaluan hanya mengundang kemarahan rakyat. Barisan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) telah berjaya meneksploitasi saluran alternatif sebagai medium penyampaian maklumat yang berkesan kepada rakyat seperti internet (tranung kite terutamanya) dan seumpamanya. Syabas! Protes juga kedengaran dari dalam BN sendiri dan ramai para pemimpinya mengambil sikap bertanggung jawab dengan melepaskan jawatan masing2 demi membina semula reputasi parti yang tercalar teruk.- Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo lepaskan jawatan Pengerusi BN dan UMNO Selangor.
- Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad lepaskan jawatan Setiausaha Agung UMNO dan BN.
- Datuk Seri Ong Ka Ting menolak sebarang jawatan dalam Kabinet.
Apakah Pak Lah masih terus lena dibuai mimpi di singgahsana empuk sebagai Perdana Menteri Malaysia? Sebagai seorang yang bermaruah beliau sepatutnya akur dengan tuntutan Ahli Parlimen Jerlun (Yang mewakili suara rakyat Kedah dan Malaysia) untuk meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab sepenuhnya kepada prestasi diluar jangkaan BN dalam PRU12. Nasihat saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang mengundi di DUN Pangkalan Kundor dan Parlimen Kuala Kedah kepada Pak LAH, cukupLAH! sudahLAH! InsafLAH! Dan undurLAH kerana ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI