Posted on Thursday, March 20 @ 08:18:00 MYT by greenboc
Oleh omaradical
"
Sebelum PRU12 seluruh agensi KERAjaan (KEMAS, FELDA, PDRM dsb) dan media arus perdana (RTM, TV3, Utusan erc) telah dilacur, dicabul dan diperkosa semahunya oleh Be End. Tidak cukup dengan itu papan iklan billboard sepanjang highway Utara Selatan juga tidak terlepas dari menjadi mangsa. Bagaimana pula dengan sistem pendidikan, khususnya pendidikan tinggi di IPTA/S khususnya di UiTM?
Saya teringat semasa sedang menuntut di UiTM Shah Alam dahulu. UMNO bebas keluar masuk kampus menganjurkan pelbagai program dan para pelajar diwajibkan menghadiri setiap program anjuran mereka (Sudah tentu dengan restu pihak pengurusan). Pelajar yang tidak hadir akan disekat daripada memasuki kolej kediaman (Hadir majlis dapat kupon sebagai tiket untuk masuk ke kolej kediaman pada malam tersebut– Spesifiknya Kolej Jati seksyen 2). Selain itu setiap pelajar yang terpilih bertanding dalam pilihanraya kampus (termasuk saya yang dipilih Fakulti) akan disaring oleh pegawai HEP. Diantara soalan2 yang dikemukakan (Hanya supergenius mampu menjawabnya) adalah seperti berikut.
- Apakah warna islam (Ada juga rakan yang menjawab Hijau Alhamdulillah)
- Siapakah pemimpin sejati antara Dr. Mahathir (PM ketika itu), TGNA dan TGHA? (Jawapanya hanya yang pertama sahaja dan kami di beri syarahan percuma untuk menyokong pendirian mereka)
Note: Penulis merupakan seorang graduan Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM (EH220 2001-2005) dan kini sedang berkhidmat dengan sebuah syarikat Multinasional di Pulau Pinang. "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI