|
Oleh yb_pmn
"Hangat dan Panas.... ingatkan dah selesai apabila Majlis Pemangku Raja Terengganu umumkan Mohd Said sbg MB Terengganu yang baru tetapi 21 Adun yang diketuai Rosol Wahid menyatakan pendirian akan memboikot majlis angkat sumpah Mohd Said sebagai MB esok.
Senerio terbaru ini membuatkan keadaan BeEnd Terengganu yang menguasai dewan dgn 23 kerusi semakin bercelaru dan akan membawa krisis yang berpanjangan.
Dengan sifat Idris yang tidak mahu mengalah dan Mohd Said tidak menandatangani surat sokongan Idris sebagai MB, meletakkan Terengganu dalam kemelut politik yang paling hangat abad ini.
Rosol dalam sidang media di TV3 suku malam ini menjelaskan bahawa mereka sepakat tidak akan hadir dalam majlis yang akan diadakan di Istana Maziah esok.
Jika benar...apa kesudahannya? Macamana Mat Said nak menggerakkan pentadbiran negeri jika semua menolak, dan ini bermakna tiada Exco akan dilantik.
Rumit lagi memeningkan. Mat Said merupakan antara Adun yang paling dibenci oleh semua wakil rakyat BN Terengganu termasuk orang kuat Chukai Awang Tera...
Tetapi, tindakan rosol dan awak2nya itu mungkin mengundang kemurkaan Sultan Terengganu dan pemangkunya yang dilihat sebagai tidak menghormati institusi diraja.
Untuk setakat ini, kita lihat apa kesudahannya, dan siapakah yang akan ditunjukkan kebenaran dalam hal ini.
Apakah satu piluhanraya semula akan diadakan di Terengganu? Mungkin..TUnggu dan lihat kemelut paling hebat di negara kita. Cuma ingat...Allah bayar cash di atas segala penipuan yang dilakukan BeEnd dan Ameno...Takbir!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI