PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Rabu, Mac 19, 2008

UMNO P. Pinang yang hanya pandai bercakap...

UMNO P. Pinang yang hanya pandai bercakap...
Posted on Wednesday, March 19 @ 08:25:27 MYT by greenboc
Komentar Oleh nhisyam

"a
Berikut adalah bukti bahawa UMNO P.Pinang hanya pandai tunjuk jaguh bila dah kalah PRU ke 12 di P.Pinang baru-baru ini. Padahal selama mereka menjadi "kerajaan" apa yang telah mereka lakukan untuk melayu P.Pinang selain dari bercakap kosong sahaja?Tujuan artikel ini ditulis bukan untuk mengungkit kisah lama tapi sekadar renungan kita bersama tentang wajah sebenar UMNO P.Pinang dalam membela nasib orang melayu (kononnya) Bacalah sendiri ucapan Ketua Bahagian Umno Tanjung pada tahun 2006 ini..

TRANSKRIP PENUH TEKS UCAPAN KETUA UMNO BAHAGIAN TANJONG,PULAU PINANG DATO' AHMAD IBNIHAJAR SEMASA PERASMIAN BANGUNAN UMNO OLEH PERDANA MENTERI MERANGKAP PRESIDEN UMNO 5 SEPTEMBER 2006.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertamanya saya merasa amat bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan kekuatan dan keazaman yang diberikan, telah membolehkan kami, UMNO Bahagian Tanjong melalui Yayasan Pendidikan dan Kebajikan Tanjong, telah berjaya membeli sebuah bangunan untuk dijadikan sebagai rumah UMNO Bahagian, ditengah bandaraya ini.

Saya bagi pihak ahli-ahli UMNO Bahagian Tanjong, mengalu-alukan kehadiran YAB Pak Lah, Perdana Menteri yang juga merangkap Presiden UMNO yang kita kasihi. Sesungguhnya kami amat berbangga dengan kehadiran YAB Pak Lah yang dapat meluangkan masa keemasan beliau hadir di tengah Bandar Georgetown ini bagi merasmikan bangunan UMNO Bahagian Tanjong.

Tidak lupa juga saya mengalu-alukan kehadiran semua para hadirin dan sahabat-sahabat saya, yang tak sempat saya nyatakan di sini, yang dapat bersama-sama hadir pada pagi ini. Semoga kehadiran anda semua akan menyerikan lagi majlis perasmian Bangunan UMNO Bahagian Tanjong ini.


Yang dikasihi YAB Pak Lah,

Kami di Tanjong bukan sahaja tetap menyokong kepimpinan YAB Pak Lah dan cara kepimpinan YAB Pak Lah, tetapi terus terang saya berani katakan, kebanyakkan rakyat lebih selesa dengan cara ini. Kita rasa lebih rapat dan tidak takut mengeluarkan pendapat. Inilah yang dikatakan ketelusan. Sudah sampai masanya, cara dahulu iaitu 'Demokrasi Terpimpin' ditukar dengan cara sekarang, 'Bekerja bersama Pak Lah'. Kita dapat lihat, bukan sahaja orangramai rasa selesa, malah negara asing lebih menghormati pemimpin kita. Kita nampak ketiga-tiga bidang Kehakiman, Pelaksanaan dan Eksekutif dapat berganding bahu dengan baik dalam pentadbiran negara ini. Syabas YAB Pak Lah!!!. Kami di Tanjong tetap menyokong cara kepimpinan YAB Pak Lah dan amat suka dengan cara YAB Pak Lah memimpin negara ini.

UMNO Bahagian ini mengucapkan tahniah kepada YAB Pak Lah atas pembentangan Belanjawan 2007 yang merupakan belanjawan mesra rakyat.Belanjawan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada sector korporat tetapi juga kepada rakyat berpendapatan rendah seperti pemansuhan yuran peperiksaan dan juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk manfaat rakyat. Syabas YAB Pak Lah!!!.

Sejak kebelakangan ini, banyak yang telah diperkatakan mengenai masalah Melayu Pulau Pinang hingga setiap hari akhbar menyiarkan isu ini. Pada pandangan saya, isu ini tidak dapat diselesaikan tanpa ada fokus dan perbincangan serius. Di sini, saya tidak berhasrat untuk menyalahkan sesiapa. Apa yang saya sentuh adalah bagaimana nak selesaikan masalah-masalah ini. Walaupun masalah Melayu sentiasa dibincang, tetapi polisi dan pelaksanaan yang dirangka gagal menyelesaikan masalah ini.

Berdasarkan kajian dan penelitian yang dibuat mengenai masalah orang Melayu, saya dapat bahagikan isu ini seperti berikut:


KETIDAK SEIMBANGAN PENDUDUK.

Walaupun Melayu sekarang ini lebih 42% penduduk negeri Pulau Pinang, kita ingin tahu apakah perancangan kerajaan negeri dalam memastikan aspirasi penyusunan semula masyarakat tanpa kaum dan kawasan dapat dilaksanakan agar isu ketidak seimbangan penduduk di kawasan bandar dapat diatasi. Begitu juga fenomena penghijrahan orang Melayu daripada pulau ke tanah besar di Seberang Perai dan juga Kulim serta Sungai Petani di Kedah, seolah-olah memperlihatkan ada 'segregation' akibat dasar kerajaan sendiri. Taburan penduduk mengikut etnik adalah seperti berikut:

FAKTA :

DAERAH/ KAUM MELAYU BUKAN MELAYU

TIMUR LAUT 94,444 (18.1%) 321,925 (81.9%)
BARAT DAYA 95,255 (59.8%) 63,874 (40.2%)
SEB.PERAI UTARA 141,317 (57.1%) 102,621 (42.9%)
SEB. PERAI TENGAH 146,411 (40.7%) 213,491 (59.3%)
SEB. PERAI SELATAN 44,710 (38%) 73,812 (62%)


KETIDAK SEIMBANGAN PERANCANGAN SUMBER TENAGA

Unjuran gunatenaga memperlihatkan peningkatan dalam industri perkilangan,perdagangan, borong, runcit, hotel dan restoran amat dominan kepada bukan bumiputera. Begitu juga berapa peratus bumiputera tergolong dalam kategori kakitangan pengurusan. Apakah strategi yang telah digariskan oleh kerajaan negeri dalam menyelesaikan ketidak seimbangan penduduk, gunatenaga dan pembangunan gunatenaga di negeri secara bersepadu?.

FAKTA :

GUNATENAGA MENGIKUT ETNIK DALAM PERHOTELAN


BUMIPUTERA BUKAN BUMIPUTERA

PENGURUSAN 2.4% 6.3%
PENYELIA/TEKNIKAL 12.1% 18.5%

STRUKTUR PEKERJA MENGIKUT ETNIK DI KAWASAN PERINDUSTRIAN PDC


BUMIPUTERA BUKAN BUMIPUTERA


PENGURUSAN 1.8% 28.2%
TEKNIKAL/PENYELIA 13.5% 52.3%


PROSPEK EKONOMI.

Kumpulan etnik bumiputera didapati mempunyai purata pendapatan isirumah yang terendah berbanding dengan kumpulan etnik lain. Contoh statistik adalah seperti berikut :

BANGSA (Tahun 1999)

MELAYU RM 2,427
CINA RM 3,784
INDIA RM 2,895


KEGUNAAN TANAH MENGIKUT KAUM


MELAYU BUKAN MELAYU

KELUASAN TANAH UNTUK 0.05% 99.95%
JENIS KEGUNAAN
BANGUNAN

KELUASAN TANAH UNTUK 2.04% 97.96%
JENIS KEGUNAAN
INDUSTRI


PEMBANGUNAN TANAH WAKAF

Saya berpendapat pembangunan tanah wakaf di kawasan George Town perlu dikecualikan daripada sekatan pembangunan kawasan warisan. Ini membolehkan usaha-usaha pembangunan semula tanah wakaf ini dapat dilaksanakan bagi memberi manfaat yang lebih menyeluruh kepada penduduk Islam di pusat Bandar ini.

PENYERTAAN BUMIPUTERA DALAM SEKTOR PERINDUSTRIAN,PERDAGANGAN, PERKHIDMATAN DAN PELANCONGAN.

Ternyata penglibatan bumiputera dalam sektor di atas amat kecil sekali secara relative dengan kaum lain. Ini membuktikan kegagalan kerajaan negeri dalam menangani isu ini sejak dulu lagi. Apakah dasar dan strategi kerajaan negeri untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang ini ?

PROGRAM PERUMAHAN

Adalah agak mengecewakan sehingga tahun 2000, matlamat dasar pelaksanaan rumah kos rendah di negeri ini masih belum tercapai. Adakah kerajaan negeri benar-benar serius dalam menangani isu perumahan kos rendah yang majoritinya adalah dikalangan pembeli bumiputera?.

Dasar, strategi dan program untuk meningkatkan pemilikan perumahan perlu dilaksanakan segera, bukan saja terhad kepada perumahan kos rendah dan sederhana rendah tetapi juga pemilikan perumahan kos tinggi dan mewah.

Pada masa ini perancangan pembangunan hanya mementingkan projek perumahan mewah yang rata-rata tidak mampu dibeli oleh orang Melayu. Misalnya projek di Tanjong Tokong oleh E&O Properties yang rata-ratanya tidak mampu dibeli oleh bumiputera, walaupun pada mulanya tebustanah itu dianugerahkan kepada Kumpulan Pinang untuk pembangunan orang-orang Melayu.

FAKTA :

PEMILIKAN HARTA KEDIAMAN

JENIS KAUM MELAYU BUKAN MELAYU

TERES 18.2% 81.9%
BERKEMBAR 20.7% 79.3%
SEBUAH 59.6% 40.4%
KLUSTER 47.8% 42.2%
KONDO 4.0% 96.0%
FLAT 16.6% 83.4%



Kenapa ini berlaku?. Sedangkan kepimpinan negeri menyatakan mereka banyak membantu atau cuba membantu. Sudah tentu antara sebabnya ialah kegagalan dalam polisi dan pelaksanaannya. Peranan kerajaan negeri, Majlis Perbandaran, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), PERDA, MARA dan agensi-agensi pelaksana yang lain patut dilihat semula.

Disamping itu juga saya berpandangan 'Laporan Nathan' yang diguna pakai oleh kerajaan negeri Pulau Pinang sejak tahun 1970 dalam pembangunan negeri Pulau Pinang telah membawa keadaan seperti hari ini.

Kita juga bimbang dengan perancangan struktur Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang sekarang ini dalam sedang dipamerkan. Rancangan ini tidak mengambilkira pembangunan Melayu Pulau Pinang dan keseimbangan pembangunan antara daerah.

Kita juga khuatir, hasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri maju menjelang 2010 (4 tahun lagi) akan menidakkan pembangunan untuk orang Melayu.

Apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan negeri dalam memajukan orang Melayu menjelang 2010?????.

Saranan YAB Pak Lah supaya satu Konsortium mesti ditubuhkan segera dan pembangunan menyeluruh di daerah kawasan orang Melayu dan luar bandar, mesti kita mulakan segera.

Saya bersetuju dengan pandangan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin agar satu penanda aras pencapaian orang Melayu Pulau Pinang kita adakan. Ukuran ini bagi memastikan orang Melayu dapat maju bersama kaum lain di negeri ini.

Saya juga berharap agar kerajaan negeri tidak akan membangkang segala cadangan yang dikemukakan untuk memajukan masyarakat Melayu di negeri ini. Dan orang Melayu perlu bersedia menerima cadangan agar pelaksanaan secara bersepadu dapat dilaksanakan.

Untuk rekod cadangan UMNO Tanjong membangun semula Pasar Chowrasta ala Pekan Rabu dan Pasar Chulia kepada konsep pasar seni, hingga sekarang belum nampak apa-apa jawapan.
Begitu juga cadangan memaju tanah di SP Chelliah untuk perumahan kos rendah tidak nampak tanda-tanda bila projek ini akan dimulakan.

YAB Pak Lah, Dato'-Dato', Tuan-Tuan & Puan-Puan

YAB Pak Lah, saya bertekad untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada di Bangunan UMNO ini bagi mempertingkatkan lagi martabat orang Melayu dalam kawasan bandar. UMNO bahagian akan terus memperjuangkan isu-isu orang Melayu bandar seperti masalah perumahan, ekonomi, ruangniaga, sosial dan juga pendidikan.

Isu Melayu terpinggir yang disuarakan oleh UMNO bahagian ini sejak tahun 2000 lagi, akan terus diperjuangkan. Saya juga menghargai kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Bahagian serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis hari ini. Tidak ketinggalan, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan juga Polis Diraja Malaysia atas kelancaran majlis hari ini.

Disini juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan saya terhadap kepimpinan UMNO yang lalu iaitu allahyarham Dato' Zachariah, Dato' Haji Abdul Rahim Shaik Mohamad dan Dato' Zahrain yang telah sama-sama meletak asas kepimpinan UMNO Bahagian Tanjong ke tahap kejayaan pada hari ini.

Kesinambungan kepimpinan ini telah membolehkan UMNO Bahagian ini mempunyai sebuah rumah bahagian pada hari ini…, Alhamdulillah.

Akhir kata, bagi kami, kehadiran YAB Pak Lah telah memperrtingkatkan iltizam dan keazaman kami untuk terus berjuang untuk kepentingan orang Melayu di kawasan Tanjong. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih atas kehadiran Pak Lah pada hari ini.Kami semua berdoa semoga Allah swt akan terus memberi kekuatan dan kesihatan yang baik kepada Pak Lah bagi meneruskan khidmat suci murni ini.

Wassalam

Dipetik dari www. AgendaDaily.com



Setakat bercakap dari tahun 2000 tapi sampai sudah tiada tindakan dan sekadar jadi modal politik perkauman UMNO P.Pinang. Inilah wajah sebenar "pejuang-pejuang DEB dan hak istimewa orang melayu kononnnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN