Oleh Ibrahim Baba
Satu-satunya nama orang Melayu Islam yang agak sinonim sebagai pendokong IFC dan Article 11 serta mempersoalkan keperluan wujudnya Fasal 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan ialah Zaid Ibrahim.
Fasal 121(1A) hangat dibincangkan selepas isu kematian Muhammad (Moorthy) Abdullah. Zaid adalah antara mereka yang mengesa kerajaan untuk membatalkan peruntukan yang telah memartabatkan Mahkamah Syariah pada tahun 1988.
Kini Pak Lah telah melantik dia sebagai senator dan menjawat menteri yang bakal melakukan “reform†perundangan.
Apakah yang bakal Zaid lakukan? Apakah dia akan cadang untuk pinda Perlembagaan Persekutuan Fasal 121 (1A)? Jika itulah yang Pak Lah harapkan dengan membawa masuk Zaid sebagai menteri maka Mahkamah Syariah akan hilang wibawanya.
Sebagaimana dilaporkan oleh pertubuhan Prowaris, Menteri Besar Johor, Ghani Othman, pernah memperakui bawa Zaid adalah
“pencadang asal kandungan Akta WPI 664″ dalam mewujudkan Wilayah Pembangunan Iskandar yang diluluskan dengan tergesa-gesa dan dilihat sebagai “menjual†wilayah tersebut kepada Singapura.
Apakah hebat sangat Zaid hingga dialah diharapkan oleh Pak Lah untuk “reform†sistem perundangan? Seorang blogger mengatakan bahawa orang Kota Bharu “
tidak bodoh kerana menolak Zaid“.
Cuba baca komen-komen dan pujian yang diperolehi oleh Zaid selepas pengumuman dibuat. Kesemua yang memujinya adalah mereka yang kerap dilihat pernah memusuhi Islam.
Sama-samalah kita doakan agar Islam terpelihara di Tanah Air kita.
Sekian, IB
19 Mac 2008
..
http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/03/19/pendokong-kuat-ifc-dan-article-11-kini-jadi-menteri/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI