Sebuah Seloka Bertajuk:
KEPENTINGAN SOLAT.
Kunci Syurga telah diberi,
Elok dah diterima Baginda Nabi,
Peluang yang sama untuk kitani,
Emak dan ayah tauladan bestari.
Namun memang sikapnya kita,
Terlalu cinta kepada dunia,
Inilah punca kemunduran kita,
Nanti di akhirat kita derita.
Guru dah ajar bermacam ilmu,
Agama Islam juga begitu,
Nak lihat murid berdaya maju,
Solat 5 waktu kunci ke situ.
Kunci Syurga ialah Solat,
Enggan melaksana kita dilaknat,
Pentingkan ia sebagai amanat,
Eloklah kita mantapkan ibadat.
Nak tahu ? apa hikmahnya Solat?,
Teraju Iman amal ibadat,
Ia menjana hidup yang berkat,
Nak cemerlang? Jagalah solat.
Guru dan ibu bapa sering nasihat,
Agar kita belajar kuat,
Namun kita yang kurang minat,
Solat pula malas dibuat.
Oleh itu sedarlah sayang,
Lekaslah bangkit untuk berjuang,
Ayuhlah bangun rebutlah peluang,
Tunaikan solat janganlah tuang.
Kalau kita menjaga solat,
Emak dan ayah pun kita taat,
Pengajaran guru pula disemat,
Eloknya akhlak sebagai azimat.
Namun begitu janganlah cuai,
Tunaikan solat macam berbuai,
Ilmu yang ada teruslah semai,
Nanti kelak boleh dituai.
Guru dan ibu bapa sering berpesan,
Agar solat kita pentingkan,
Nasihat mereka tak pernah bosan,
Solat 5 waktu jadikan amalan.
Orang yang solat doa'nya makbul,
Lekas sekali akan dikabul,
Akan tetapi usahlah cabul,
Tingkatkan usaha janganlah bacul.
Kalau kita menjaga solat,
Elok dipandang nampakpun hebat,
Pelindung diri dari maksiat,
Elakkan dari berbuat jahat.
Namun begitu jagalah rukun,
Tinggalkan segala perangai jakun,
Ingat! Solatlah dengan tekun,
Neraka Allah tidakkah gerun?.
Gagahkan jiwa menunaikan solat,
Allah sentiasa pandang dan lihat,
Nak melaksana janganlah liat,
Solat kita buktikan taat.
Oleh itu tingkatkan ilmu,
Lekaslah bangun janganlah jemu,
Allah janjikan syurga padamu,
Taatlah kunci jaya dan maju.
Sekian Terima(lah) Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI