Posted on Tuesday, March 18 @ 12:39:36 MYT by SongkokPutih

"

Perkara yang terang-terangan menunjukkan kepelikannya ialah Parlimen Jerlun. Dimana daftar pemilih untuk Parlimen Jerlun adalah berbeda dengan daftar pemilih untuk DUN yang berada di dalam Parlimen Jerlun sebanyak iaitu sebanyak 8,216 pengundi.
Mungkin spr telah silap cetak pada web pagenya, tetapi apabila dirujuk kepada keputusan di surat khabar, memang itulah jumlah undi yang tertera. Parlimen Jerlun sebanyak 37,297 pengundi, manakala DUN yang berada di dalam parlimen Jerlun iaitu Kota Siputeh sebanyak 19,771 pengundi dan DUN Ayer Hitam sebanyak 25,742 pengundi.
Bagi Kota Siputeh, sebanyak 16,126 pengundi telah keluar mengundi manakala Ayer Hitam sebanyak 21,171 pengundi telah melaksanakan tugas masing-masing. Jika dijumlahkan, mereka yang keluar mengundi untuk 2 DUN ini adalah sebanyak 37,297 pengundi, iaitu 100% pengundi keluar mengundi untuk jumlah pengundi bagi Parlimen Jerlun.
Lebih menarik lagi pelik bin ajaib, pengundi untuk parlimen Jerlun telah keluar mengundi sebanyak 37,242 orang, dimana hanya 55 orang pengundi sahaja yang tidak keluar mengundi atau 99.85% pengundi telah melaksanakan tugasnya. Perkara ini adalah rekod dunia dimana tidak pernah dalam sejarah manusia yang mengamalkan demokrasi pilihanraya bila yang tidak keluar mengundi adalah hanya 0.15% sahaja, atau lebih tepat, 55 pengundi dari 37,297 pengundi.
Agak malang bagi nasib kepada calon PAS yang bertanding di parlimen Jerlun, iaitu ustaz Idris Ahmad, apabila terpaksa melalui proses pilihanraya yang carca marba ini. Maklumlah, manusia yang dilawannya adalah Mukhriz Mahathir dimana mantan perdana menteri iaitu bapa kepada yang bertanding, telah mengatakan bahawa anaknya mesti menang walau apa cara sekali pun.
Diharapkan, Bersih melakukan sesuatu terhadap Parlimen Jerlun ini, kerana jika ia dikekalkan, maka proses pilihanraya di Malaysia ini bolehlah ditalkinkan kerana ianya telah hancur berkecai dengan penipuan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI