Kosmo
KUALA LUMPUR – Laporan polis yang dibuat oleh dua wanita yang mendakwa mangsa cabul akhirnya membawa kepada tertangkapnya seorang lelaki rakyat Pakistan yang dipercayai menjadikan kawasan pangsapuri Rampai Court di sini sebagai tempat menyamun dan mencabul mangsa.
Lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang bekerja di sebuah bengkel kereta itu ditangkap pada pukul 6 petang kelmarin, kira-kira tujuh jam selepas dia didakwa menyamun dan mencabul dua pelajar wanita sebuah kolej swasta.
Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, suspek cuba merogol kedua-dua pelajar tersebut tetapi terpaksa melupakan hasratnya apabila mendapati salah seorang mangsa didatangi haid.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, lelaki itu dipercayai mengekori salah seorang mangsa yang ingin menghadiri kuliah dengan menaiki lif sebelum mengacukan pisau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI