Kosmo
KUALA LUMPUR – Bagi Norlia Mohamad Nor, tiada apa yang lebih diharapkan selain mahu melihat suaminya yang terlantar setelah menjadi mangsa langgar lari sejak lima bulan lalu kembali sembuh.
Sejak Abd. Refaii Mohd. Som, 51, terlibat dalam kemalangan pada 21 Disember tahun lalu, kehidupan Norlia bersama empat orang anak tidak lagi seperti biasa.
“Saya harap ingatan suami saya sembuh seperti sedia kala walaupun mengambil masa yang lama,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan bantuan peralatan kesihatan bernilai RM8,000 kepada Abd. Refaii oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini semalam.
Norlia, 55, yang bekerja sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam di Jabatan Agama Islam Malaysia berkata, suaminya dilanggar lari ketika keluar membeli makanan di kawasan berhampiran tempat kerjanya.
Akibat kemalangan itu, katanya, tempurung kepala suaminya yang sebelum ini bekerja di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) terpaksa dibuang dan dia tidak lagi mampu bergerak.
Norlia berharap, sumbangan MAIWP dapat meringankan beban perubatan dan rawatansuaminya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI