Sumber
KUANTAN – Malang bagi seorang pemandu teksi wanita apabila dia menjadi mangsa rogol penumpang di sebuah ladang kelapa sawit Felda Lepar Utara 14, Gambang, Rabu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, semasa kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, mangsa berusia 38 tahun dipercayai telah mengambil lelaki warga Pakistan itu di stesen bas Bandar Jerantut.
“Suspek yang berusia 26 tahun itu telah meminta supaya menghantarnya ke Jengka.
“Bagaimanapun ketika dalam perjalanan, suspek mengarahkan mangsa masuk ke simpang menuju ke loji air di ladang kelapa sawit Felda Lepar Utara, 14,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini semalam.
Tambah Narenasegaran, ketika berhenti di kawasan itu, suspek secara tiba-tiba mencekik leher mangsa dan mengugut untuk membunuhnya.
“Dalam ketakutan, pemandu teksi wanita itu berusaha melarikan diri tetapi malangnya usaha tersebut gagal apabila suspek berjaya menarik baju mangsa sebelum merogolnya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI