KOTA KINABALU: Sabah telah melarang pengimportan ternakan babi sebagai baka pembiak dan semua produk daging babi termaasuk dalam tin dari luar negara termasuk dari Sara-wak dan Semenanjung Ma-laysia sebagai langkah mengawal penyakit influenza A (H1N1)
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, notis mengenai larangan terhadap pengimportan itu sudah dihantar kepada semua syari-kat pengimport frozen food (animal products) dan ianya berkuatkuasa pada 28 April lalu.
“Semua Pegawai Veterinar di daerah-daerah kawasan perladangan babi itu, di Penam-pang, Papar, Tuaran, Tam-paruli, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau diarah untuk membuat pemantauan ke atas kedudukan kesihatan ternakan babi di ladang-ladang tersebut,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Maka-nan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persidangan Cawangan-Cawangan Umno Bahagian Putatan di Dewan Serbaguna Pasir Putih, dekat Putatan, kelmarin.
“Kita sememangnya tidak ada mengimport ternakan babi dari luar dan kalau adapun ianya kita tidak benarkan untuk mengelakkan daripada jangkitan virus influenza A H1NI,” katanya.
Yahya berkata, beliau difahamkan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, Datuk Awang Sahak Awang Salleh bahawa negeri ini masih bebas daripada jangkitan influenza A H1NI .
Mengenai ternakan babi di negeri ini, beliau berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan lebih daripada 40 ladang ternakan itu 50 ladang ternakan babi yang ada di negeri ini, dan didapati tidak ada jangkitan influenza A H1N1 di semula ladang ternakan itu di negeri ini.
“Selebihnya, ladang ternakan babi itu kita akan buat pemeriksaan dan ianya dijangka dapat diperiksa ke semulanya selewat-lewatnya hingga akhir bulan ini,” katanya.
Beliau juga meminta supaya tidak ada pihak yang cuba menyeludup untuk membawa masuk ternakan babi ke negeri ini, bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit itu berkenaan
Selain itu, beliau juga menyeru mereka yang melawat luar negara terutamanya ke negara-negara yang dijangkiti penyakit itu supaya mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat dan mempunyai tanda-tanda penyakit itu.
Kelmarin, Malaysia melaporkan kes pertama jangkitan influenza A H1N1 melibatkan seorang pelajar yang baru kembali dari Amerika Syarikat dua hari lepas.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pelajar lelaki itu jinni dikuarantin di Hospital Sungai Buloh, pelajar itu kembali ke Malaysia pada 13 Mei lalu dan keesokannya, dia mendapat rawatan selepas berasa tidak sihat. Ujian meng-esahkan dia dijangkiti virus H1NI.
Kelmarin, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat pada persidangan akhbar di Putrajaya meng-esahkan kes kedua influenza A (H1N1) di kesan di Hospital Pulau Pinang pada Jumaat yang melibatkan pelajar yang baru kembali dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI