Sumber
KAJANG – Misteri bau busuk yang dihidu penduduk sejak beberapa hari lalu membawa kepada penemuan mayat tiga beranak di sebuah rumah di Jalan 4C/6, Taman Tasik Kesuma, Beranang di sini semalam.
Mayat seorang ibu dan dua anak perempuan itu ditemui secara berasingan di dalam rumah tersebut pada pukul 10 pagi selepas polis menerima laporan daripada orang awam.
Mayat Kumariswari, 63, ditemui dalam keadaan terbaring di bilik tidur di tingkat atas.
Sementara anaknya, K. Sathadewi, 44, dan Revati, 43, pula masing-masing ditemui di dalam tandas dan di ruang tamu di tingkat bawah.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh badan ketiga-tiga mangsa terbabit.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Sakarudin Che Mod berkata, ketiga-tiga mangsa dipercayai telah mati sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang telah berulat dan bengkak.
“Pemeriksaan awal polis mendapati keadaan rumah itu tidak berselerak serta tiada tanda dipecah masuk.
“Malah, polis yang tiba di tempat kejadian mendapati pintu rumah mangsa masih dalam keadaan berkunci,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.
Menurut Sakarudin, mengikut keterangan jiran, ketiga-tiga mangsa tersebut tidak kelihatan berada di luar rumah sejak beberapa hari lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI