KOSMO
LONDON - Punca sebenar perceraian pasangan selebriti Britain, Jordan dan Peter Andre adalah kerana bekas model serta pengacara televisyen tersebut sudah dua tahun tidak 'disentuh' suaminya, lapor sebuah akhbar semalam.
Akhbar popular Britain itu menyatakan, Jordan atau nama sebenarnya, Katie Price menyedari rumah tangga mereka sukar bertahan apabila Andre yang merupakan seorang penyanyi, mula dingin ketika di ranjang dua tahun lalu.
"Kehangatan di ranjang sudah pudar. Mungkin pada pasangan suami isteri lain perkara seperti itu dianggap biasa, tetapi bagi saya, seks adalah penting," kata Jordan.
Pada minggu lalu, bekas model berusia 30 tahun itu berlepas ke kepulauan Maldives bersama dua anak mereka dan meninggalkan suaminya dengan seorang anak tiri, Harvey.
Andre yang kecewa dengan perbuatan isterinya itu pulang ke Cyprus untuk mencari ketenangan bersama keluarganya.
"Saya sudah menyangka rumah tangga kami tidak akan bertahan sejak 2007, kami hanya menunggu masa dan ketika untuk berpisah. Namun, saya amat merindui anak-anak saya," kata penyanyi itu.
Bagaimanapun, Andre menyalahkan isterinya berhubung perpisahan mereka dan menyifatkan wanita itu sebagai tidak tahu menjaga suami dan terlalu ghairah dalam soal seks.
"Jordan amat mementingkan kebendaan dan pernah memperlekehkan suaminya. Lelaki itu pernah mencuba mengikut rentak kehidupan isterinya tetapi dia bukan manusia seperti itu," kata satu sumber yang rapat dengan Andre.
Sementara itu, Jordan mendakwa suaminya tidak tahu mengenang budi kerana populariti lelaki itu melonjak suatu masa dahulu selepas hubungan mereka disiarkan media antarabangsa. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI