Kosmo
KUALA LUMPUR – Seorang pemilik kedai gunting dan dua lagi rakannya dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 38.7kg kira-kira 10 tahun lalu.
Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.
Dalam penghakimannya di akhir pembelaan, Muhamad Ideres berkata, ketiga-tiga tertuduh iaitu Sia Sew Ben, 47, yang merupakan pemilik kedai gunting, Ng Thiam Kok, 43, dan Ispangat Misrum, 43, disabitkan dengan kesalahan itu.
Sejurus mendengar hukuman, beberapa orang anggota keluarga tertuduh yang duduk di galeri awam dilihat bergenangan air mata, lalu keluar daripada mahkamah.
Malah sebaik selesai prosiding mahkamah, Thiam Kok dilihat memarahi peguamnya, Azmi Juewani.
Ketiga-tiga mereka didakwa mengedar dadah jenis kanabis iaitu seberat 38,723.5 gram di tempat letak kereta Mint Hotel, KM 8, Lebuh Raya Kuala Lumpur - Seremban, Petaling Jaya pada pukul 8.45 malam, 21 Jun 1999.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI