Sumber
ALOR SETAR – Menyamun guna kereta ibu. Sudahlah guna kereta ibu untuk menyamun, berlanggar pula dengan dua buah kereta lain sewaktu dikejar polis.
Itulah yang berlaku ke atas dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah yang cuba melarikan diri dengan kereta Perodua Kancil.
Kereta suspek dikejar sejauh lima kilometer bermula di Lebuh Raya Sultan Abdul Halim hingga ke Jalan Menanti berdekatan Pusat Perubatan Putra di sini kira-kira pukul 1 petang semalam.
Dikatakan dua ‘kaki penyamun’ berkenaan sebelum itu cuba menyamun sebuah rumah dua tingkat di Lorong Kampung Pisang dekat sini yang ketika itu tuan rumah tiada di rumah tetapi jiran-jirannya telah memaklumkan kejadian berkenaan kepada pihak polis.
Tindakan pantas polis Kota Setar dengan empat buah kereta peronda berjaya memintas kereta dua suspek yang berusia 20-an itu dan selepas dikejar, suspek hilang kawalan lalu melanggar dua buah kereta di Jalan Menanti dan Jalan Menanti 1 di sini.
Menurut seorang mangsa yang dikenali sebagai Alex, 26, dia ketika itu memandu kereta jenis Proton Wira melalui persimpangan di Jalan Menanti-Jalan Sekerat apabila secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Perodua Kancil membelok dengan mengejut lalu melanggar sebelah kanan keretanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI