Selasa, 12/05/2009 -HAMAS menganggap kemahuan presiden Palestin yang sudah tamat tempoh kekuasaannya untuk membentuk kerajaan baru di Tebing Barat sebagai tindakan menggagalkan hasil dialog nasional Palestin dan langkah pendahulu yang mendahului dialog Kaherah serta tidak menunjukkan niat yang baik bahkan sebaliknya mengandungi niat yang jelas tidak baik.
HAMAS melalui jurucakap rasminya, Fawzi Barhoum berkata dalam satu kenyataan akhbar yang diterima Pusat Media Palestin pada hari Isnin (11/5): “Kenyataan-kenyataan Abu Mazin dan kemahuannya membentuk kerajaan baru di Tebing Barat adalah tindakan menggagalkan hasil yang diperoleh melalui dialog nasional dan langkah pendahulu bagi dialog Kaherah yang akan berlangsung.
Tindakan ini juga tidak menunjukkan situasi yang baik bahkan mengandungi niat yang tidak baik serta ketiadaan keinginan untuk mencapai persetujuan. Keadaan ini menyebabkan perpecahan akan menjadi semakin mendalam dan akan membawa kepada berterusannya ketidak stabilan dari sudut undang-undang dan perlembagaan.”
HAMAS juga menegaskan serangan Abbas bahawa pihak pejuang adalah pendusta dan hanya bermain-main merupakan tikaman bertubi-tubi terhadap jantung rakyat Palestin itu sendiri, serta cemuhan secara langsung terhadap nama baik dan pejuangannnya. Ia juga tindakan tawar menawar yang merbahaya dengan perancangan Zionis-Amerika yang mensasarkan untuk melemahkan kekuatan rakyat Palestin dan memusnahkan perjuangan mereka.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI