Mat rempit kena penjara 21 bulan
KUANTAN - Seorang mat rempit terpaksa meringkuk dalam penjara selama 21 bulan dan denda RM8,000 setelah Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak rayuannya untuk mengurangkan hukuman kerana terlibat lumba haram lima tahun lalu.
Mohd. Alkautsar Mat Jali, 31, ditahan pihak polis ketika menunggang motosikal secara berbahaya kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 17 Oktober 2004 di Jalan Beserah di sini.
Selain dikekalkan hukuman penjara 21 bulan, Mohd. Alkautsar turut dikenakan denda RM8,000 atau tambahan lapan bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI