Kosmo
|
|
|
|
BESUT - Dua kanak-kanak bersaudara ditemui tidak bernyawa dalam sebuah kolam ikan keli sedalam dua meter di Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila di sini tengah hari semalam.
Mangsa, Munirah Abdul Ghafar, 3, dan anak saudaranya, Akib Ikmal Shukri, 2, ditemui terapung di dalam kolam ikan yang terletak di belakang rumah keluarga mereka.
Menurut ibu Akib Ikmal, Norazila Abdul Ghafar, 22, ketika kejadian dia sedang mencuci pakaian manakala ibunya, Safinah Jusoh, 45, pula memasak di dapur.
Bagaimanapun, katanya, ketika itu dia berasa hairan kerana tidak mendengar suara anak dan adik perempuannya, lalu mencari mereka di dalam rumah.
"Saya rasa tidak sedap hati dan terus keluar menuju ke kolam ikan milik ayah, Abdul Ghafar Mohamad, 49, yang tidak berpagar dan terletak tidak jauh dari belakang rumah.
"Saya terkejut apabila ternampak mayat Adib Ikmal terapung, tetapi Munirah tak ada di situ.
"Saya memanggil jiran-jiran dan mereka menemui mayat Munirah tenggelam di dasar kolam," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI