Selasa, 12/05/2009 - Sheikh Taiseer Tamimi, Ketua Keadilan Islam memulakan ucapannya ketika berada di depan Pope Benedict XVI dengan menyatakan Baitulmuqaddis merupakan ibu negara Palestin masa depan meskipun pembantaian dan pencabulan Israel dilakukan terhadap Warga Palestin dan tempat-tempat suci mereka. Kenyataan Pope juga mengecewakan beberapa ketua agama Israel.
Sheikh Tamimi menyatakan Israel komited melakukan jenayah dengan mensasarkan serangannya terhadap Warga Palestin, menggeledah kediaman dan tempat suci serta membunuh wanita, kanak-kanak dan warga tua.
Beliau juga meminta kerjasama untuk menamatkan pencerobohan dan menubuhkan sebuah negera Palestin yang merdeka.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz79
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI