Polis trafik parah dirempuh penunggang motosikal
KOTA BHARU - "Selama 16 tahun saya bertugas sebagai anggota polis di bahagian trafik, ini kali pertama dirempuh oleh mat rempit".
Itulah luah Redzuan Ali, (gambar) 48, anggota polis yang cedera parah selepas dirempuh mat rempit dalam satu operasi di Jalan Wakaf Mek Zainab di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang, mangsa, Koperal Redzuan patah tulang rusuk dan bahu dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) oleh anggota lain dengan kerjasama orang awam yang secara kebetulan berada di tempat kejadian.
Redzuan ketika ditemui di HRPZ II berkata, beliau tidak menyangka penunggang dan pembonceng motosikal itu memecut secara tiba-tiba dan merempuh dirinya kerana ketika itu kenderaan terbabit sudah berhenti.
"Suspek bertindak merempuh saya selepas saya meminta lesen memandu dan dokumen lain untuk pemeriksaan.
"Selepas itu saya terjatuh dan tidak sedarkan diri sehingga dibawa ke HRPZ II," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI