Selasa, 12/05/2009 - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berucap pada hari Ahad bahawa Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad tidak berhak bercakap bagi pihak rakyat Palestin dan pihak berkuasa Palestin mahu sebuah negara merdeka di sebelah negara Israel.
Abbas dalam temuduga televisyen Itali RAI, menambah lagi mereka iktiraf Israel dan tidak mahu Israel dihancurkan dan mahu wujudkan negara Palestin di sebelah negara Israel. Beliau berkata lagi kenyataan Ahmadinejad dalam satu konferens Anti-Racist tidak mewakili perjuangan rakyat Palestin.
Mahmoud Abbas dijangka bertemu dengan Obama akhir bulan ini dalam menyelesaikan konflik Israel-Palestin dan penubuhan negara Palestin. Beliau juga menidakkan laporan yang mengatakan akan ada perubahan dalam plan damai yang dilakukan oleh pihak beliau, Jordan dan Arab Saudi yang akan lebih menguntungkan Israel dan menegaskan Israel harus menghormati plan 2 negara dan berhenti membina penempatan haram.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI