Isnin, 11/05/2009 - Radio Tentera Israel Ahad lalu melaporkan yang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan mengetuai delegasi ke Resort Mesir, Sharm Al Sheikh pada hari Isnin ini bagi bertemu Presiden Mesir, Hosni Mubarak.
Radio itu berkata ini merupakan lawatan rasmi pertama Netanyahu selepas beliau mengambil pejabat Perdana Menteri Israel. Sumber Israel itu juga menambah Menteri Kemudahan & Infrastruktur Israel, Benjamin Ben-Eliezer, dan ketua Pusat Keselamatan Kebangsaan , Uzi Arad juga akan mengiringi Netanyahu.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz79
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI