Posted on Monday, November 16 @ 01:07:15 PST by BudakJalanan
Oleh Angkasanuri
Parlimen Kepala Batas diwakili oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi. Semasa menjadi Perdana Menteri, parlimen ini dilimpahi dengan pelbagai projek dan pembangunan sesuai sebagai statusnya kawasan diwakili Perdana Menteri.Namun sebaik sahaja, Pak Lah melepaskan jawatannya sebagai PM segala peruntukan yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke 9 telah diditarik balik.
Perkara ini didedahkan oleh Exco Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Phee Boo Poh ketika memberitahu perkara itu berkata, Abdullah kini seolah senasib dengan ahli parlimen pakatan rakyat yang lain.
Tindakan kerajaan persekutuan itu tegasnya adalah tidak wajar, seolah olah mahu 'menghukum' Abdullah dan lebih teruk lagi akan mengainaya masyarakat di parlimen tersebut.
"Sebenarnya perkara ini disembunyikan dari pengetahuan umum bimbang menjatuhkan maruah mantan Perdana Menteri yang telah berjasa pada negara walaupun perkhidmatanya singkat ekoran ketidakbijaksanaan memerintah, " tegasnya yang juga Adun Sungai Puyu.
Tegasnya lagi, kerajaan pusat sewajarnya membantu Abdullah bagi membantu masyarakat di kawasannya khususnya di Dewan Undangan negeri (Dun) Bertam dan sebagai mengenang jasa beliau terhadap pembangunan negara.
" Tidak patut buat begitu kerana Kepala Batas juga sebahagian daripada Pulau Pinang lebih-lebih kawasan Tun Abdullah yang pernah dinobatkan sebagai Perdana Menteri Ke Lima Malaysia, " katanya.
Sejak Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan pada penghujung 2003 boleh dikatakan Bertam muncul sebagai sebuah pusat pentadbiran baru mengantikan Butterworth yang kini lebih kepada bandar pelabuhan.Dan sekarang ini kerancakan pembangunan di Bertam seakan terhenti apabila peruntukan tersebut ditarik.
Apa motif pembatalan peruntukan ini? Adakah alasan kegawatan ekonomi menjadi alasan untuk menghalalkan tindakan Kerajaan Persekutuan ini yang diketuai oleh Dato Seri Najib Tun Razak? Jika itu alasannya mengapa kawasan Pak Lah yang menjadi sasaran sehingga ditarik segala peruntukan tetapi tidak di kawasan parlimen lain?Adakah ini sebagai ganjaran membalas 'jasa' Pak Lah selama ini menjadi Perdana Menteri? Adakah penarikan peruntukan ini di luar pengetahuan Najib yang juga selaku Menteri Kewangan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI