Posted on Sunday, November 15 @ 18:09:31 PST by TokPenghulu
Oleh AlHusseyn
Saya terima komen berikut daripada orang PAS tentunya :
"terima kasih kerana anda berjaya menyebarkan lagi ... terima kasih kerana anda berjaya menyebarkan lagi fitnah2 dan seterusnya membantu usaha menjatuhkan maruah Tn Guru. Moga PAS akan kalah dan tersungkur hasil usaha gigih anda ini. Biarlah Pas tersungkur asal orang ramai nak baca blog anda...kan?? Bravo! "
Ya, berita tersebut memang buat kita semua terduduk.Kita tidak mahu mempercayainya.Saya sendiri menitiskan air mata dan sangat keciwa sekiranya ianya suatu perkara yang benar berlaku. Tetapi adakah kita mahu menjadi manusia yang tidak sanggup menghadapi realiti kehidupan dan tebal dengan sikap 'denial syndrom'
Alam siber tidak boleh kita bendung.Tidak ada gunanya bersikap pura-pura tak tahu dan meniru tabiat burung unta yang suka sorokan kepalanya ke dalam pasir supaya boleh mengelakkan bahaya dihadapan dengan sengaja buat tak tahu.
Saya punya pengalaman sendiri waktu bergiat dalam al-Arqam dahulu.Pimpinan Arqam tidak benarkan kami baca surat khabar selain surat khabar al-Arqam sendiri.Kata mereka nanti terfitnah kalau baca Utusan, Berita Harian dan seumpamanya. Orang-orang Arqam ikut arahan tersebut.Saya pun ikut. Entah berapa tahun saya tidak membaca surat khabar tersebut hinggalah apabila saya keluar pada tahun 1980...
Saya percaya , walau pun kita baca surat khabar Umno tersebut, kita patut tahu menilai beritanya. Kita tidak mudah percaya tidak tentu pasal. Tentu kita ada pertimbangan atau neraca kita sendiri. Adakah pemimpin kita larang baca surat khabar Umno dan suruh baca Harakah sahaja? Adakah orang PAS ni bangang sangat sehingga tidak tahu membeza dan memikirkan yang mana fitnah yang mana benar?
Kita mesti peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Walau bagaimana kasih sayang kita terhadap TGNA, kita perlu hadapinya sebagaimana Rasulullah pernah berkata , lebih kurang maksudnya : Sekiranya anak ku Fatmah mencuri , akan ku kerat tangannya...
Itu bukan bermaksud puteri Rasulullah punyai akhlak yang tercemar. Dan kita juga yakin TGNA punyai akhlak yang sangat terpuji kalau mahu dibandingkan dengan kita semua satu Malaysia ini.Tetapi kita juga harus ingat , bahawa TGNA juga tergolong sebagai manusia biasa dan beliau bukan maksom seperti Rasulullah.
.....
http://alhusseyn51.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI