Posted on Monday, November 16 @ 00:56:45 PST by BudakJalanan
Oleh:HAFIZ JAMAIL
KEGHAIRAHAN Pergerakan Pemuda Umno meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pengakuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditaja pihak tertentu bagi menunaikan haji musim ini dengan bayaran RM65,000 seorang bagaikan sindiran tajam kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.
Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Zainuddin Hassan, berkata desakan dan kenyataan Pengerusi Biro Agama UMNO, Afandi Yusoff, yang mendesak tindakan tegas perlu diambil berdasarkan peruntukan yang ada memandangkan Mursyidul Am Pas itu mempunyai kuasa eksekutif dalam kerajaan negeri turut membuka pintu kepada siasatan terbuka terhadap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
“SPRM patut membuka semula kes seorang kontraktor bernama Gary Saw yang telah menaja Musa Aman dan rombongan seramai tujuh orang ke Dubai bagi menyertai lawatan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) tiga tahun lalu sebagai imbalan kontrak yang diperolehi kontraktor tersebut,” ujar Zainuddin yang menjelaskan bahawa tajaan tersebut bernilai RM200,000.
Menurut Zainuddin, kontraktor tersebut yang sebelum ini membina Bangunan UMNO Sabah dianugerahkan kontrak mengecat bangunan MUIS sejumlah RM14 juta telah menaja perbelanjaan Musa Aman dan rombongannya ke Dubai selama satu minggu.
“Bayangkan betapa hebatnya Musa Aman yang menginap di superior suite pada kadar RM18,000 semalam,” ujar Zainuddin yang membidas keras SPRM yang melakukan siasatan berat sebelah dan memilih ‘tokoh’ yang ingin dimangsakan dan bukannya menjalankan siasatan menurut Akta SPRM.
(sabahkini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI