KUALA LUMPUR, 18 Nov: Anggota Jawatankuasa Ad Hoc Siasatan Tragedi Kuala Dipang meminta kerajaan memberikan ruang kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk membawa usul tergempar mengenai tragedi jambatan runtuh di kawasan itu untuk dibahaskan di Dewan Rakyat dengan segera memandangkan ia merupakan isu kepentingan awam.
Gesaan itu merupakan salah satu daripada lapan belas cadangan dalam laporan jawatankuasa berkenaan hasil siasatan selama dua minggu.
Laporan jawatankuasa berkenaan diserahkan oleh pengerusinya, ADUN Tronoh, V. Sivakumar kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang dan beberapa ahli parlimen lain di lobi parlimen pagi tadi untuk diambil tindakan selanjutnya.
Sivakumar dalam satu sidang media sewaktu penyerahan tersebut berkata, tragedi yang mengorbankan tiga nyawa kanak-kanak itu merupakan satu kecuaian yang harus dipandang serius.
"Kami lihat tragedi ini merupakan satu kecuaian yang amat besar sekali di mana ada kecacatan dalam pelbagai aspek terutamanaya dari segi pembinaan jambatan itu sendiri," katanya.
Menurutnya, hasil siasatan yang dibuat mendapati bahawa terdapat kelemahan dan kelonggaaran dari segi prosedur pembinaannya di mana tiada sebarang permohonan dibuat oleh mana-mana pihak kepada jabatan-jabatan yang bertanggungjawab termasuk Majlis Daerah Kampar sendiri sebelum pembinaannya.
"Kami dapat tahu bahawa tidak ada sebarang permohonan dibuat oleh mana-mana pihak kepada mana-mana jabatan , seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan Jabatan Perairan dan Saliran.
Ikut prosedur juga kena dapatkan permohonan melalui majlis daerah. Tetapi Majlis Daerah Kampar mengaku tidak menerima apa-apa permohonan," katanya.
Dari segi keselamatan juga ujarnya, terdapat kelemahan yang sangat ketara di mana kakitangan yang yang ditugaskan untuk menyelia dan menjaga keselamatan murid-murid yang mengambil bahagian dalam Kem 1 Malaysia itu selain kawasan yang gelap gelita ketika kejadian itu berlaku.
"Dari segi keselamatan langsung tidak dihiraukan.298 murid sekolah rendah mengambil bahagian dan guru yang ditugaskan hanyalah 23 orang sahaja, dan kawalan memang tidak ada pada masa itu," katanya lagi.
Apa yang lebih mengesakan mereka apabila Pengarah Pendidikan Daerah Kampar sendiri tidak tahu menahu mengenai kewujudan jamabtan tersebut sedangkan ianya dibina di daerah itu.
"Yang lebih mengesalkan kami ialah program ini diadakan di Daerah Kampar tapi Pengarah Pendidikan Daerah tidak tahu tentang wujudnya jambatan ini.Jadi siapa sebenarnya yang bertanggungjawab bila semua jabatan kata mereka tidak tahu?" soalnya.
Sehubungan itu, jawatankuasa berkenaan mendesak perkara itu dikaji dengan teliti bagi mendapatkan keadilan bagi pihak keluarga mangsa yang terbabit.
"Kem ini Ini adalah projek yang dianjurkan Jabatan Pelajaran Malaysia (JPM) dan kami mahu perkara ini dikaji dengan teliti supaya keadilan diberi kepada ketiga-tiga mangsa ini,"
"Kami nak tahu siapa yang arahkan jambatan ini dibina yang kami dapat tahu pejabatnya di Pulau Pangkor. Kami dah pergi Pulau Pangkor tapi tak dapat apa-apa feedback dari pusat kokurikulum sebab pada hari itu pengarahnya telah dipanggil ke putrajaya," ujarnya.
Sementara itu, Kit Siang dalam responnya berjanji akan segera mengusulkan perkara itu di Dewan Rakyat.
Usul mengenai perkara itu pernah dibawa ke dewan rakyat sehari selepas kejadian itu namun ditolak oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Jawatankuasa berkenaan turut dianggotai oleh ADUN Titi Serong, Khalil Idham LIm, ADUN Teja, Chang Lih Kang dan ADUN Pasir Pinji, Thomas Su.
26 Oktober lalu, jambatan yang dibina di atas Sungai Kampar Kuala Dipang untuk kegunaan Pusat Kokorikulum bagi tujuan latihan dan perkhemahan anjuran JPM runtuh dan mengakibatkan 22 peserta Kem 1Malaysia jatuh ke dalam sungai dan 3 nyawa nyawa tidak dapat diselamatkan akibat dibawa arus deras. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI