Kemiskinan tidak selesai selagi Umno jadikan mereka umpan | | Print | |
Hashim Abdullah |
BENTONG, 14 Nov: Masalah kemiskinan yang berlaku dalam negara ini tidak mungkin dapat diselesaikan kerana pemimpin Umno mahu menjadikan golongan ini sebagai umpan pilihanraya bagi mengekalkan sokongan kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.. Berucap pada ceramah anjuran PAS Kawasan Bentong, di Markaz PAS Bentong, dekat sini, baru-baru ini Abdul Hadi kesal walau pun negara mempunyai sumber kekayaan yang banyak tetapi ianya berlegar di kalangan orang kaya dan orang politik yang berkuasa. “Harta negara ada berbilion-bilion tetapi harta negara berpusing di kalangan orang kaya dan orang politik. Tetapi apa yang berlaku hari ini orang yang sudah lama miskin tidak dapat dibebaskan dari kemiskinan, maka datang pula miskin yang baru, tak selesai. “Umno suka orang miskin kerana senang mereka nak beli undi. Mereka beri bantuan kepada orang miskin cara subsidi ini tak betul, sepatutnya mereka ada perancangan untuk membebaskan rakyat dari kemiskinan,” katanya. Presiden PAS itu turut menyatakan kekesalan atas penyelewengan dan rasuah yang berlaku yang menyebabkan negara kehilangan kewangan dalam jumlah yang besar sehingga menjejaskan kehidupan rakyat. “Apa yang berlaku kepada PKFZ, KWSP, Petronas adalah penyelewengan yang besar. Apa yang berlaku keatas isu ini kekayaan negara berpusing di kalangan orang kaya dan orang politik,” katanya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI