Sumber
|
|
|
|
KUALA LUMPUR - Di luar terbentang papan tanda peminjam berlesen, di dalam rupa-rupanya ah long!
Itu taktik segelintir 3,000 syarikat pemberi pinjaman wang berlesen yang bertindak menjalankan kegiatan ah long sekali gus mengaburi mata pihak berkuasa.
Matlamat mereka semata-mata mahu mendapatkan keuntungan segera dan sesiapa yang masuk perangkap akan mendapati kadar faedah yang mereka kenakan setaraf dengan ah long.
Kosmo! difahamkan, ada yang mengenakan kadar faedah sehingga 18 peratus sebulan berbanding 1.2 atau 1.3 sebulan yang sepatutnya dipatuhi oleh syarikat peminjam berlesen.
Malah modus operandi mereka tidak ubah seperti ah long jalanan yang turut bertindak ganas terhadap pelanggan yang gagal melunaskan hutang.
Pegawai Kanan Unit Cegah Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Azman Kang Abdullah ketika mendedahkan perkara itu berkata, gejala itu berpunca daripada keinginan sesetengah syarikat mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi.
"Pada saya, mereka ini ibarat jual ayam tetapi di belakang kedai jual babi,'' katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Jelas Azman, pemberi pinjaman berlesen mengenakan kaedah faedah tinggi selepas mendapati syarat yang dikenakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menetapkan faedah 18 peratus setahun sebagai tidak menguntungkan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI