Maiza ada muslihat?
MANUSIA memang banyak ragam dan ada udang di sebalik batu. Itulah yang Diva dengar tentang kemunculan tiba-tiba isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal.
Khabarnya sudah dua tahun Maiza bersabar dengan gosip suaminya dengan penyanyi Waheeda. Akhirnya Maiza nekad mahu tuntut cerai daripada Akhil di mahkamah.
Cuma ada orang beritahu Diva, Maiza kini dah pandai pantau artikel yang ditulis wartawan mengenai dirinya. Malah mengarahkan cerita apa yang boleh dan yang tidak boleh disiarkan.
Kononnya sempat juga Maiza memberi amaran supaya jangan sampai terkeluar cerita yang dia tak mahu khalayak tahu, jika tidak mungkin dia akan saman akhbar berkenaan.
Kemudian, ada juga kata nakal yang mendakwa Maiza ada udang di sebalik batu bila muncul membuat pengakuan di kaca televisyen baru-baru ini.
Kata mereka, Maiza sedang cari peluang menjadi pengacara untuk mana-mana program. Betul ke?
"Tak betul semua itu," ulas Maiza ringkas.
Diva geleng kepala saja. Begitulah lumrah kalau dah masuk dunia hiburan, macam-macam gosip orang akan buat. Diva harap Maiza dapat bersabar.
Bagi saya diva x ada masalah kalau puan maiza ingin menceburi diri dlm media, itu kan rezeki masing2.. kenapa mesti ada orang yang sibuk akan cara pilihan hidup puan maiza.. cuba lah pikir semula kalo betul waheeda itu berkhawin dengan suaminya tidakkah pelik bahawa sepanjang puan maiza menjadi isteri akhill dia tidak pernah keluar pun di mne2 media. tp waheeeda terkenal dgn nyayian yer itu?? kepada puan maiza usah pedulikan kata2 org pilih lah jalan yang puan rasa itu yg terbaik.. saya sokong puan klo puan menjadi pengacara..
BalasPadam