Darling, Azlin selamat diijab kabul
|
|
KUALA LUMPUR – Tempoh perkenalan yang singkat bukan menjadi halangan kepada pelakon Nasreen Ngasri, 26, untuk menerima Nur Azlin Rahmat, 34, sebagai pasangan hidupnya. Pasangan itu selamat dinikahkan semalam.
Dengan sekali lafaz, Nasreen atau lebih dikenali sebagai Darling sah menjadi isteri Nur Azlin, seorang pegawai pemasaran dengan mas kahwin sebanyak RM80.
Darling yang anggun dalam persalinan serba putih rekaan Cosry turut menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22 serta sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang hantaran kepada pihak lelaki.
Mereka berkenalan sekitar Ogos 2008, bertunang pada 15 Mac 2009 dan memilih 30 Mei sebagai tarikh untuk disatukan sebagai suami isteri.
Darling dinikahkan sendiri oleh bapanya, Ngasri Sain, 59, dalam satu majlis yang serba sederhana di kediaman mereka di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh di sini kira-kira pukul 2.45 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI