Mayat terakhir ditemui, operasi mencari dihentikan
|
|
PETALING JAYA - Mayat ketujuh dan dipercayai yang terakhir dalam kejadian bangunan runtuh di Seksyen 14 di sini ditemui kira-kira pukul 4 petang semalam, menjadikan jumlah korban akibat kejadian itu kepada tujuh orang.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mayat tanpa kepala itu ditemui kira-kira lima meter dari kawasan penemuan mayat kelima dan mayat keenam.
"Mayat tanpa identiti itu telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata, bedah siasat terhadap mayat itu akan dilakukan hari ini dan keputusannya dijangka diketahui secepat mungkin.
Ujian DNA akan turut dilakukan oleh PPUM bagi mengenali identiti mangsa dan pihak hospital akan berhubung dengan Kedutaan Indonesia mengenai perkara itu, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI