Sumber
|
|
KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan permohonan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk menangguhkan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat kerana didakwa melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Pekan dekat sini.
Hakim Datuk V. T Singham membenarkan permohonan itu sehingga kes rayuan Menteri Besar terhadap perintah mandamus yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman pada 20 April lepas didengar di Mahkamah Rayuan.
Beliau berkata, jika permohonan penangguhan berkenaan ditolak dan jika rayuan Adnan pula berjaya, ia kemungkinan menyebabkan bayaran penghakiman yang dibuat tidak dapat diperoleh kembali kerana mahkamah mengambil kira faktor kewangan syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. yang hanya mempunyai modal berbayar RM100 dan tidak mengemukakan penyata akaun beraudit kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia sejak 2001.
"Jika Menteri Besar berjaya dalam rayuannya, kerajaan negeri akan menghadapi kesukaran (mendapatkan balik wang jika bayaran sudah dibuat)," kata Hakim Singham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI