Masih ramai pengetua, guru besar tidak bersih, cekap dan amanah, kata Normah
KENINGAU: Pengarah Pe-lajaran Sabah Datuk Nor-mah Gagoh berkata, masih ramai pengetua dan guru besar tidak bersih, cekap dan tidak mengikut peraturan kewangan dalam mengurus bajet atau peruntukan di sekolah.
Katanya, ini terbukti ban-yak sekolah mendapat pengurusan kewangan berteguran daripada pihak audit.
“Inilah cabaran yang perlu ditangani secara bijaksana oleh para pengetua dan guru besar bagi menentukan bajet atau peruntukan itu diurus secara bersih, cekap dan mengikut peraturan kewangan yang telah ditetapkan” katanya dalam ucap utama Forum Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2009 yang berlangsung di dewan masyarakat di sini pada Selasa.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah Dr. Muhidin Yusin.
Dalam teks ucapan itu Nor-mah menyentuh tujuh cabaran yang dihadapi oleh pengetua dan guru bersar serta guru-guru secara keseluruhannya.
Katanya, selain cabaran pengurusan kewangan, cabaran utama guru besar dan guru-guru di Sekolah Rendah ialah untuk meningkatkan tahap penguasaan 3M di kalangan murid sekolah rendah.
Ini katanya, kerana bilangan tidak menguasai Kelas Interva-si Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) di Sabah masih berada pada tahap yang tinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.
Selain itu katanya, masih ramai juga murid-murid tahun 2, 3, 4, 5 dan 6 yang buta huruf dan angka.
“Bagi keputusan UPSR di seluruh Negara, Sabah menduduki tempat terakhir dan pada setiap tahun masih ada sekolah-sekolah mendapat 0 peratus dalam UPSR” jelasnya.
Beliau berkata, bilangan pelajar yang tidak layak mendapat sijil diperingkat PMR, SPM dan STPM juga masih ramai berbanding negeri-negeri yang lain.
Ini katanya, merupakan antara cabaran yang perlu diatasi dan guru-guru harus mengenal pasti puncanya dan merancang strategi menanganinya dengan segera.
Dalam pengunaan peralatan ICT pula katanya, masih ramai guru yang tidak menggunakan sepenuhnya peralatan ICT, bahan Teknologi dan Media yang terdapat di sekolah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.
“Ini berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan oleh pihak Nazir, Sektor Pengurusan Akademik, Sektor Jaminan Kualiti dan Bahagian Teknologi Pendidikan” katanya.
Lebih menyedihkan lagi katanya, ada bahan-bahan ini yang tidak direkod, tidak disimpan dengan baik malahan ada juga bahan-bahan ini yang tidak ada lagi di sekolah.
Walau bagaimanapun Normah yakin ramai juga di kalangan pengetua dan guru besar yang berjaya dan cemerlang.
“Kepada mereka ini kita ucap syabas dan tahniah kerana telah melaksanakan dasar berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah selaras dengan arahan semasa yang dike-luarkan oleh kerajaan,” kata-nya.
Dalam masa yang sama Normah berharap agar budaya kerja yang bersih daripada rasuah, berintegriti, beramanah dan sanggup berkorban masa dan tenaga dalam melaksana-kan tugas akan menjadi amalan berterusan warga pendidik di Sabah khususnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI