‘Bulan berpusing sebelum tenggelam’
|
|
|
|
SUNGAI BULOH – “Ketika kami sedang asyik mandi, tiba-tiba saya lihat Bulan (Nublan Zaki) berpusing-pusing sebelum tenggelam disedut pusaran air.
“Rakan-rakan yang lain cuba selamatkannya tetapi gagal sebelum kami bergegas mendapatkan bantuan renjer di pintu masuk yang mengambil masa satu jam berjalan kaki dalam keadaan hujan lebat.”
Demikian cerita Atirah Amir, 19, rakan kepada Nublan Zaki Norhadi, 20, pelajar yang mati lemas di kawasan air terjun Abrams Falls di Great Smokey Mountain National Park, Tennessee, Amerika Syarikat (AS) pada 24 Mei lalu.
Katanya, seramai 30 orang pelajar kursus Sains Aktuari di Pennsylvania State University pergi ke situ untuk beriadah selepas menamatkan peperiksaan semester pertama.
“Sepatutnya kami buat aktiviti sukaneka di universiti tetapi ia tidak mendapat kelulusan atas alasan bimbang terkena jangkitan influenza A (H1N1) sebelum kami memutuskan untuk ke air terjun itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pengkebumian Nublan Zaki di tanah perkuburan Batu 17, Kuang di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI