RENTUNG ... mayat kedua mangsa diangkat oleh anggota bomba untuk dibawa ke hospital Daerah Keningau. |
KENINGAU: Dua orang maut dalam satu kemalangan di Jalan Keningau – Tenom berdekatan Kampung Senagang kira-kira 21 kilometer dari sini lebih kurang jam 3.20 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Zahari Bin Mohamed yang mengesahkan kejadian itu berkata, kedua-dua mangsa mati serta merta di tempat kejadian selepas kedua-dua kenderaan mereka terbakar.
Katanya, kemalangan itu membabit kan sebuah lori satu setengah tan dan sebuah Proton Savy bertembung dari arah yang bertentangan menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar manakala mangsa terperangkap dalam kenderaan masing-masing.
Pemandu proton yang maut seorang rakyat tempatan sementara pemandu lori seorang warga asing.
Bomba dan Penyelamat yang tiba di tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa dari kenderaan selepas memadam api.
Walau bagaimanapun identiti kedua-dua mangsa yang dibawa ke Hospital Keningau belum diketahui.
Menurut salah seorang saksi yang berada berdekatan di tempat kejadian lebih kurang 50 meter menyaksikan kemalangan tersebut berlaku di mana pemandu kereta proton Savvy mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa warga asing mati di dalam lorinya.
“Kami cuba menyelamatkan pemandu lori berkenaan namun kakinya tersepit di dalam lori berkenaan,” jelas saksi yang enggan namanya disiarkan
Selepas itu, katanya, lori tersebut mula terbakar menyebabkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa sebelum bomba tiba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI