Sumber
|
|
KAHERAH - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam berusaha mencari permulaan baru hubungan Washington dan dunia Islam dalam ucapan utamanya semalam.
"Saya hadir untuk mencari permulaan baru berasaskan kepentingan bersama dan hormat-menghormati. AS dan dunia Islam tidak mempunyai prinsip-prinsip yang berbeza dan kita tidak perlu saling berlawanan," katanya dalam ucapan di Universiti Kaherah.
Ucapan Obama itu yang terhenti-henti akibat tepukan adalah usaha untuk memulihkan imej negatif AS di kalangan 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia.
Sementara itu, seorang jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata, ucapan Obama itu adalah permulaan baik terhadap dasar AS di Asia Barat.
Di Baitulmaqdis, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan menyatakan ucapan Obama itu diharap dapat membawa kepada perdamaian Arab dan dunia Islam tetapi menyatakan keselamatan negara Yahudi itu masih menjadi keutamaan.
"Israel komited terhadap keamanan dan akan membantu sebaik mungkin," kata Netanyahu. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI