UMNO Menikus Bila Keberanian MCA/Gerakan TerserlahPosted on Wednesday, March 26 @ 21:31:14 MYT by SongkokPutih Oleh Ibrahim Baba
Dengan ditolak oleh pengundi Cina terhadap calon-calon parti mereka dalam PRU2008, para pemimpin Gerakan sedang menimbang untuk mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti mereka lebih awal dari yang dirancangkan sebelum ini.
Semalam, MCA pula telah mengumumkan tarikh-tarikh untuk pemilihan pemimpin mereka di peringkat cawangan, bahagian dan pusat pada tahun ini.
Dalam pada menerima nasib yang paling buruk dengan penolakkan yang amat ketara oleh pengundi Cina terhadap kedua-dua parti kaum Cina yang memerintah, mereka tetap berani berdepan untuk melakukan pemilihan pucuk pimpinan mereka.
Mereka amat bersedia untuk melakukan perubahan untuk membina semula parti dari kekalahan mereka.
Tetapi ulasan-ulasan selepas PRU2008, Pak Lah dan kebanyakan pemimpin yang hanya menurutinya telah mengatakan UMNO sebenarnya tetap diterima oleh orang Melayu dalam PRU2008. Mereka merasakan kedudukan mereka tidak terancam dan tidak menerima nasib malang seperti MCA/Gerakan.
Peliknya semalam, Mat Taib mengatakan bahawa semua ketua perhubungan negeri “unanimous†(sebulat suara) untuk tidak mengadakan pemilihan pimpinan parti bagi “mengelakkan ‘malapetaka’ kepada politik negaraâ€.
Wow … takut benar!!! Malapetaka kepada politik negara atau kepada nasib mereka?
Dalam pada MCA/Gerakan berani berhadapan dengan ahli untuk menentukan nasib kepimpinan parti UMNO pula menikus!
Kalaulah benar parti mereka diterima kenapa pula pemimpin mereka takut berdepan dengan ahli untuk menentukan kepimpinan mereka?
Perhatikan penipuan Mat Taib. Beliau berkata keputusan ini adalah “unanimous†dari semua negeri. Walhal dalam kenyataan yang sama beliau menyenaraikan hanya 9 negeri yang bertemu Pak Lah untuk menyatakan pendirian. 9 dari 14 bukan sebulat suara itu dikatakan sebagai sebahagian besar sahaja - masih ada yang tidak mengatakan persetujuan mereka.
Sekian, IB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI