|
Oleh boloqaroq
"Sekoyong²nya siderih bermimpi menjadi MB untuk ke-2 kalinya, maunya tidak, menang 24 kerusi katakan. Mimpi derih sabung menyabung bagaikan kilat yang tak henti menghentam suku sakat sang iblis. Dari malam pengisytiharan kemenangan hinggalah berlarutan 2-3 malam berikutnya. Kata orang tidur senyum, makan senyum terlebih lagi senyumnya bila tersua dengan rakyat marhaen(dalam hatinya merekalah sibodoh yang menjulang aku...semakin melerek senyumnya).
Hari berikutnya siderih melonjak gembira sampai tak sedar terlondeh kain batik yang dipakainya lalu ternampak lambang dacing senget kat seluar pendeknya, rupa²nya bendera dacing dibuat seluar cerut, sikit punya haru siderih ni. Tersangatlah gembira tatkala menerima watikah menjadi MB dari paklah. Aku bukan bermimpi katanya, aku akan ditabal menjadi MB buat kali ke-2nya. Fuh, siapa tahu nasib ku sianak gengster. Natang sungguh aku ni, gertus hatinya mengutuk diri sendiri sambil tersenyum menyeringai giginya yang agak tak tersusun itu.
Aku akan menjadi MB lagi, natang, Itulah ucapan pertama yang diucapkannya kepada si rosol tolol cap ayam teman senatangnya. Hebat mu natang derih, balas pula si rosol tolol kepada si derih tadi. Mereka sama² ketawa sambil membelek watikah yang diberi oleh paklah. Memang betullah watikah ni dari paklah, dalam tidurpun boleh lagi membuat watikah untuk mu natang derih, puji si rosol tolol kepada paklah. Mereka ketawa lagi.
Keesokannya, si natang derih terkejut banggat bila mengetahui pihak istana menolak watikah perlantikan menjadi MB. Pihak istana kata yang perlantikan itu tak sah kerana watikah itu ditulis semasa paklah tidur, la pulak. Orang tidur mana boleh dibuat persaksian atas apa jua kenyataan. Marahlah siderih tadi, tanpa disedari terpancul dari mulutnya memaki paklah, natang sungguh paklah, dok abis² dengan perangai tidurnya. Aku ingat betul², rupanya akupun bahang nipu.
Mulutnya tak henti² memaki paklah. Woit mung maki sape tu? mung maki ke aku ke? Tetiba satu suara sergahan menerpa telingganya. Siang bole mimpi gok natang ning, kata suara tu lagi. Mung nok kerja jadi drebar dok? Tengking suara tu lagi. Rupa²nya yang memarahi si natang derih ialah Dato' Mat Said, MB baru. La, aku bermimpi dalam mimpi gertus hati sinatang derih. Lalu dengan tergesa² si natang derih hidupkan enjin kereta rasmi kerajaan untuk MB yang didaftarkan sempena nama MB baru, MB 45.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI