|
Oleh yb_pmn
"
DAULAT TUANKU! Semua rakyat negeri Terengganu dijemput dan diminta meluangkan masa untuk menyambut kepulangan YDPA Sultan Mizan, Sultan Terengganu sebagaimana butiran berikut:
Tarikh : 29 Mac 2008
Tempat: Lapangan Terbang Sultan Mahmud
Masa ketibaan Tuanku : 9.00 pagi (penerbangan dari KUL)
Pakaian : Baju Kuning (jika tak keberatan letakkan riben kuning pada ariel kereta)
Sejak dua minggu lepas, kita semua sudah melihat kebangkitan rakyat yang menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Sultan dan pihak istana dalam isu perlantikan MB.
Namun, ada sesetengah pihak yang DANGKAL serta tidak menghormati institusi diRaja sebagai lambang Perlembagaan telah menimbulkan kemarahan dan menjatuhkan imej Melayu Islam di negeri ini.
Oleh yang demikian, semua lapisan masyarakat yang sanyankan Sultan kita, turunlah beramai-ramai dengan berpakaian kuning dan riben di kereta masing-masing sebagai simbolik tanda sokongan kita nanti.
Raja adil dianjung, disembah
Raja zalim disanggah!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI