BN kalah kerana pemimpin Umno angkuh - Tsu Koon |
Mat Zain Mat Isa Tue | Mar 25, 08 | 10:00:24 am MYT | |
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon jelas tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya terhadap prestai buruk Barisan Nasional dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Lebih mengecewakan Pemangku Presiden Gerakan itu, kekalahan teruk partinya sendiri di seluruh negara adalah berpunca daripada kelemahan dan kesilapan dalamannya sendiri. Beliau menyalahkan para pemimpinnya yang hilang dampingan dengan masyarakat akar umbi. Beliau juga menyebut tentang keangkuhan kuasa yang didakwanya wujud dalam BN. Kedua-dua perkara ini, menurut Tsu Koon, menjadi punca utama kekalahan BN. Jangan cari kecaman Tsu Koon ini dalam akhbar-akhbar berbahasa Melayu, sama ada Utusan Malaysia, Berita Harian atau sebagainya. Anda tidak akan menemuinya. Ia ada melaporkan pemimpin Gerakan itu bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat tertutup 1,500 perwakilan partinya di Kuala Lumpur, tetapi hanya memetik beberapa tajuk lain yang disentuhnya. New Straits Times semalam (Isnin) bagaimana pun melaporkan kecaman Tsu Koon itu secara terus-terang. "The general election results were also due to the people�s dissatisfaction with perceived arrogance of power within BN, especially over certain Umno leaders whom through their words or actions have resulted in resentment," akhbar itu memetik kata Tsu Koon. Terjemahan bebas oleh penulis sekadar begini: "Keputusan pilihan raya umum juga disebabkan rasa tidak puas hati rakyat dengan tanggapan ada keangkuhan kuasa dalam BN, terutama terhadap beberapa pemimpin Umno tertentu yang mana melalui perkataan dan tindakan mereka menghasilkan kemarahan". Tsu Koon turut menambah bahawa BN perlu mengubah cara perjalanan dan pendekatannya kepada masyarakat jika mahu terus disokong rakyat. Untuk tujuan itu, katanya, Gerakan akan memainkan peranan besar termasuk menjadi peneraju pembaharuan (a driver of reforms) dalam BN sendiri. Suara-suara menuntut pembaharuan (reforms) dalam BN memang sudah acapkali didengar sejak kekalahan teruk parti itu dalam pilihan raya baru-baru ini. Namun, setakat ini belum ada mana-mana pemimpin parti komponen BN yang secara terbuka menyalahkan pemimpin parti komponen lain atas kekalahan itu. Kecaman Tsu Koon terhadap "pemimpin Umno tertentu" semalam adalah sesuatu yang sangat berani dan berterus-terang. Kita tidak tahu siapakan pemimpin tertentu yang beliau maksudkan. Bagaimana pun, patutkah para pemimpin Umno sekadar berdiam diri menerima kecaman terbuka sebegitu? Kita menunggu apa pula reaksi atau pandangan balas para pemimpin Umno terhadap kenyataan Tsu Koon itu. Jawab, jangan tak jawab! - mr |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI