KAEDAH MOTIVASI ANAK
Komunikasi dalam keluarga merupakan salah satu faktor untuk boleh mewujudkan keluarga yang ceria, bahagia dan harmoni. Dengan wujudkan komunikasi ynag berkesan, anak-anak akan dapat dimotivasikan dari semasa ke semasa agar mereka menjadi insan yang bersemangat, progresif, prokatif dan berfikiran positif. Untuk memotivasikan anak-anak, ibu bapa perlulah menggunakan kaedah komunikasi ynag berkesan agar matlamat dan harapan kita untuk mewujudkan insan yang berguna dan berakhlak akan tercapai. Oleh itu kaedah komunikasi untuk meningkatkan motivasi di kalangan anak-anak adalah seperti berikut:
1. Penerangan yang jelas. Penyelelidikan menunjukkan kebanyakan kanak-kanak dan remaja tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Ibu bapa sepatutnya perlu menjelaskan perkara berikut:
a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?
b. Apa kaitan sesuatu tugasan dengan kehidupan?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.
e. Jelaskan kepada mereka apa yang mereka akan perolehi dan kecapi hasil sesuatu tugasan atau kerja.
2. Ganjaran. Anak yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan anak dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan daripada tugas harian dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperoleh tetapi juga terhadap usaha ynag diberikan. Berikan insentif agar anak berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman anak.
3. Tetap dan Mantapkan Matlamat. Setiap anak mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk pendidikan dan masa depan. Ikuti perkembangan anak dan pastikan setiap anak mampu merealisasikan matlamat masing-masing.
4. Berikan Perhatian. Anak akan memberikan tindak balas yang positif terhadap ibu bapa yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik daripada menghukum. Ada ketikanya ibu bapa perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan dan lain-lain sebagai satu teladan untuk pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggungjawab. Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan. Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progres mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.
5. Penglibatan dan penyertaan. Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif dan penyertaan dalam setiap aktiviti kekeluargaan. Rangsang anak untuk terlibat dalam aktiviti luar, interaksi antara adik-beradik dan saling membantu. Anak akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja ibu bapa seperti memasak, mengemas rumah atau berkebun.
6. Penuhi keperluan. Ibu bapa mestilah sedar bahawa setiap anak memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang anak yang tua menyelesaikan masalah-masalah kecil di kalangan adik-beradik. Atau memberi peluang kepada mereka memberikan pendapat dan pandangan sepert aspek hiasan dalaman atau sebagainya.
7. Kepelbagaian Emosi dan watak. Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Anak akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Anak akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi dan watak kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat anak terhadap apa yang mahu anda sampaikan.
8. Terapkan Aspek Kemahiran. Ajarkan mereka beberapa aspek kemahiran komunikasi dan sosial. Contohnya beri peluang untuk mereka 'memberi ceramah' atau melayan tetamu yang datang. Juga terapkan kepada mereka teknik pembelajaran yang berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran 'boleh' dalam setiap yang dilakukan.
9. Amalkan Prinsip MAT - Mesra, Adil dan Tegas.Berkomunikasilah dengan mesra dan memberi layanan dan adil dan saksama tanpa memilih kasih dan dalam masa yang sama tegas dan berprinsip dalam mendisiplinkan anak-anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI