|
Oleh cina-islam
"
Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah melanjutkan tempoh pemilihan pucuk pimpinan parti itu kepada 18 bulan daripada September 2007, bagi memberi laluan pilihan raya umum ke-12 yang lepas diadakan terlebih dahulu .Pemilihan untuk tiga tahun sekali yang terakhir UMNO berlangsung pada 23 September 2004.
Sementara setelah pelanjutan 18 bulan itu, mandat anggota MT juga akan berakhir pada Mac 2009. Namun begitu beberapa hari lepas kesemua perwakilan Badan Perhubungan UMNO negeri yang menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, mahu pemilihan parti yang dijadualkan pertengahan tahun ini ditangguhkan lagi ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tarikh berkenaan akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti Khamis ini. "Cadangan ini bagi mengelakkan `mala petaka’ kepada politik negara kerana dalam keadaan sekarang semua orang tidak boleh berfikir dengan waras,’’ katanya kepada pemberita ketika memulakan tugas sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di pejabatnya beberapa hari lepas.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, dari segi peraturan, pemilihan UMNO memang boleh ditunda selama 18 bulan yang hanya akan berakhir pada Jun tahun depan.Namun, katanya, Puteri UMNO berpendapat ia tetap perlu diteruskan pada tahun ini.
Situasi ini membuktikan betapa lemahnya Abdullah Badawi mentadbir partinya sendiri. Tidak cukup kepada lemahnya mentadbir negara perkara yang sama membawa malang kepada parti yang dia ketuai. Setelah masalah perlantik MB Terengganu yang tiada kesudahannya demikianlah banyak masalah yang tiada kesudahannya selama pemerintahan beliau.
Benarlah kata sesetengah kawan bahawa ini "sial politik" yang sedang melanda UMNO yang mempercepatkan lagi peralihan Kerajaan Malaysia Kepada Kerajaan BA.
http://idhamlim.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI