|
Oleh Mann Trek
Salam alaik, Samada dilantik oleh Agung ataupun dipilih oleh rakyat, DATUK BANDAR perlu menjalankan tugas untuk membantu menaiktaraf sosio-ekonomi semua penduduk Wilayah Persekutuan. Itulah matlamat yang paling PENTING dan patut diutamakan.
Isu-isu ini masih belum selesai sehingga kini dan TIADA PERANGKAAN yang mempaparkan apa-apa progres:
1. Kemiskinan di dalam bandar
2. Kebersihan tempat-tempat makan
3. Pelacuran
4. Samseng kompleks, kawasan dan along
5. Lumba haram kereta dan motor
6. Kos sewa perumahan, letrik dan kehidupan yang meningkat
7. Anak-anak terbiar
8. Hidu gam oleh kanak-kanak sekolah
9. Penagihan dadah di jalanan dan kelab malam
10. Kes-kes kecurian motor, kereta, tayar dan minyak di kawasan perumahan
11. Kesesakan lalu lintas
12. Mutu kerja petugas-petugas DBKL
13. Budaya membuang sampah merata-rata tempat
14. Pembangunan kawasan perumahan yang berterusan yang tidak synchro
15. KESELAMATAN dan KESIHATAN PENDUDUK
16. Mutu pembinaan baru dan keselamatan bangunan yang lebih dari 3 dekad.
APA PROGRAM DBKL MENAIKTARAF SOSIO-EKONOMI penduduk setakat ini?
Kalau sesiapa nak sangat jadi Datuk Bandar, silakan. Samada dilantik atau dipilih, silakan..... ......... . PKR ke, UMNO ke, PAS ke, DAP ke, BEBAS ke. Silakan..... .
Kami tak nak dengar PROPAGANDA lagi. Dah muak.
Oleh kerana Datuk Bandar akan dibayar gaji dari hasil titik peluh PENDUDUK, maka:
--->>>> BENTANGKAN MATLAMAT UNTUK KAMI MENILAI
--->>>> BENTANGKAN PROGRAM JANGKAPENDEK DAN JANGKAPANJANG.
--->>>> LAKSANAKAN DENGAN MUTU YANG BAIK dan KESUNGGUHAN
--->>>> BENTANGKAN PROGRES TAHUNAN PADA PENDUDUK SEBAGAI BUKTI.
Perbuatan yang baik atau buruk akan pasti menerima balasan yang setimpal dari Tuhan yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui.
Pilihanraya datuk bandar KL
Muda Mohd Noor | Mar 26, 08 6:33pm
Penduduk bandar raya Kuala Lumpur berpeluang memilih sendiri calon Datuk Bandar kegemaran mereka jika kerajaan meminda satu akta untuk membolehkan pilihanraya kerajaan tempatan.
Cadangan ahli parlimen pembangkang untuk mewujudkan pilihanraya itu, termasuk memilih ahli-ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), akan dibawa dalam mesyuarat jemaah menteri, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique hari ini.
Katanya, Akta Ibukota Persekutuan 1960 (Akta 190) perlu dipinda kerana, buat masa ini, jawatan itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, BN memenangi satu kerusi sahaja, manakala pembangkang merampas 10 kerusi - rekod pertama dalam sejarah pilihanraya umum - dengan pecahan lima DAP, empat PKR dan satu PAS .
Sementara Labuan dan Putrajaya, dua lagi kawasan Wilayah Persekutuan, kekal di tangan BN.
Awal minggu ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Ka Chua, dilaporkan akan mendapat pandangan orang ramai berhubung pilihanraya bagi memilih anggota pihak berkuasa tempatan (PBT).
Hasil rumusan tinjauan orang ramai itu akan diserahkan kepada kabinet untuk keputusan akhir.
Pilihanraya kerajaan tempatan pernah dijalankan 40 tahun lepas tetapi kemudiannya dimansuhkan.
Mengulas isu ini, Zulhasnan berkata perkara ini sedang diperhalusi oleh kementerian Ong dan ia akan dapat memberi jawapan yang lebih jelas.
Ahli parlimen Setiawangsa juga berkata, satu sesi pertemuan dan perbincangan dengan semua ahli parlimen di Wilayah Persekutuan, termasuk 10 wakil pembangkang, akan diadakan 4 April ini.
"Kita akan menjemput semua ahli parlimen termasuk pembangkang bagi membolehkan mereka mendengar segala rintihan, pandangan dan cadangan yang ingin dibangkitkan oleh wakil rakyat," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Lanjutan daripada itu, kementerian berkenaan akan mengadakan "Retreat Merakyatkan Wilayah Persekutuan" yang dijadualkan pada 17 hingga 19 April depan.
Zulhasnan berkata, selain wakil rakyat, perbincangan ini turut membabitkan ketua-ketua jabatan dan agensi Wilayah Persekutuan, badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan penduduk bagi membuka peluang mereka membahaskan masalah, isu dan pandangan terhadap dasar-dasar sedia ada.
"Menerusi cara ini, saya yakin kerajaan menerusi kementerian dan DBKL berupaya untuk memahami aspirasi rakyat dan membolehkan kami memperhalusi, menambah baik dan merangka dasar dan strategi yang berkesan untuk dilaksanakan di Kuala Lumpur.
"Ia sebahagian daripada pelan strategik kementerian ini. Ia merupakan langkah proaktif Kementerian Wilayah Persekutuan dalam memperkasa sumbangan kami kepada rakyat terutama di Kuala Lumpur," katanya lagi.
Katanya, hasil pertemuan ini akan dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri bagi membentuk hala tuju baru dan usaha penambahbaikan perkhidmatan di Wilayah Persekutuan.
-- "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"
"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al- Hujurat ( 49 ):6 ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI