|
Oleh fatinafis
Dua, tiga hari sebelum PRU12 diisytiharkan penggunaan dakwat terpaksa dibatalkan ekoran tertangkapnya beberapa suspek di beberapa buah negeri. Maka KPN dan Peguam Negara yg turut sama dgn SPR masing-masing menambah kata untuk menyokong lagi keputusan SPR itu.
Maka akhbar arus perdana dengan pantas mengambil isu ini menjadi tajuk utama. Semua pemimpin BN mengiyakan, menyokong, dan tidak kurang pula yang memandang sinis kepada pembangkang.
Untuk menampakkan lebih 'real' lagi cerita ini, entah mamat mana pulak ditugaskan untuk menyimbah cat di laman rumah Pengerusi SPR, lantas tanpa perlu bantuan polis menyiasat, maka beliau menyatakan perbuatan tersebut didalangi oleh mereka yang tidak puas hati dengan keputusan pembatalan penggunaan dakwat dalam PRU12...
Soalnya sekarang????
1. Siapakah yang ditangkap membeli dakwat itu?
2. Bila pulak nak didakwa mereka itu?
Entahlah, sejak dari mula lagi aku dah rasakan orang yang mengatur cerita ini kurang bijak...ending yang langsung tak bagus kerana rakyat Malaysia bukan selamanya untuk ditipu.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI