|
Oleh Radenjowo
Dirujuk:
876 ketua kampung letak jawatan 1 Mei
Aku tak perasan bila UMNO ubah undang undang pemilihan Ketua Kampung. Tapi aku perasan yang ketua kampung di pilih oleh UMNO untuk UMNO sejak dulu lagi. Sejak kecil. Kalau kau UMNO, boleh jadi ketua kampung. Kalau tidak ... jadi je la ketua restoran, ketua pelayan kenduri kawin atau yang paling koman sekali jadi ketua kelas.
Ketua Kampung nih tujuan asalnya untuk bantu rakyat kampung, tapi ditukar oleh UMNO menjadi mata dan telinga kepada YB (Yang Barua) UMNO setempat. Tapi besar imbuhannya.
Sebab tu lah kalau bantuan rumah PPRT atau pinjaman kerajaan, siapa yang bukan UMNO, tunggu punya tunggu ......"pinjaman anda tidak diluluskan". Semua butir permohonan akan dirujuk kepada ketua kampung sebelum proses kelulusan.
Sebelum diluluskan pinjaman, Ketua Kampung dan mangkuk mangkuk yang bekerja dengan UMNO akan buat lapuran status peminjam. Begitu lah dengki dan khianat nya UMNO. Dan kerana sistem sebegini maka, kejayaan orang melayu berpuak puak dan berperingkat. Pokoknya UMNO cipta kasta untuk bantu rakyat. Kalau orang biasa.....sikit sikit, kalau kawan kadang kadang, kalau sedara selalu selalu dan kalau barua kerap kerap.....Kalau Pembangkang...... terjengket jengket, terjenguk jenguk, makan habuk macam anai anai.
Ada orang kata perletakan jawatan Ketua Kampung di Perak adalah kerana ketakutan. Memang ada betulnya. Bila sopak dah banyak, takut pocah tombolang. Baik lah lotak jawatan.
Yang jahat mungkin ada sebahagian. Tapi bila sorang dah nak letak jawatan, maka yang lain pun terpaksa la. Kononnya bukan UMNO yang memerintah, tukar kerajaan, maka mereka yang dilantik oleh UMNO kenalah letak jawatan. Sebenarnya banyak rahsia di belakang. Tak caya tanya lah orang kampung kek mano mano pun.
Elaun RM500 dah kira seciput, tak lumayan di zaman sekarang nihh...Kalau semata mata berharap dengan elaun sebanyak itu, orang tak berebut jawatan Ketua Kampung. Dah lah kerjanya susah, buka pintu awal pagi, bantu rakyat dan 24 jam di terjah dek orang kampung. Tak cukup tidur dan rehat. Lagi susah kerjanya dari wakil rakyat. Ramai yang boleh pengsan dibuatnya. Dah la umur lanjut, jalan semput semput. Langgar pintu keluar masuk silap haribulan ..... innallillah hi wainnal ilahirojiun. Jadi kenapa ketika UMNO memerintah, jawatan ni dikejar bagai nak rak? Hehe macam ada ape ape je.
UMNO halalkan tipu, bohong, songlap, rasuah, korup dan semua bentuk perbuatan jahat. Jadi peruntukan untuk sesebuah kampung sudah cukup untuk jadikan Ketua Kampung itu jadi kaya. Bukan lah kaya macam PM, TPM atau Patrick Lim, tapi cukup la untuk sara hidup sampai ke mati. Mati nanti lain hal. Soal jawab dengan malaikat, orang kampung tak tau, Ditutup tanah, rentung pun sendiri tanggung.
Di kampung pulak tak payah belanja besor tapi kalau sebulan sekali projek kerjaan untuk sesebuah kampung di balun dek Ketua Kampung, apa lagi nak? Mewah tu beb. Kalau pinjaman dan peruntukan, boleh rekomen kawan dan sedara. Takkan lah kosong? Boleh letak persen .......
Dan sekarang ramai Ketua Kampung dah jadi cuak. Kerana ramai yang tahu, maka isu ni bukan isu kecil. Kalau dulu PAS dan BA hanya orang kampung, sekarang sudah jadi MB. Dan MB juga berasal dari orang kampung maka ini semua mereka dah tau lama. Siapa MB yang tak tahu pasal songlap Ketua Kampung....cakap ngan diorang, lebih baik jangan jadi MB.
Songlap yang dulu satu cerita, dan sekarang songlap yang akan datang dah tak boleh nak buat. RM500.00 cukup ke? Tak payah berebut la dan baik letak jawatan. Buat kerja kampung, relax, pagi ke kedai kopi, petang ke kedai kopi, malam balik, hantar cucu ...... tonton Akaedmi Fantasia dan malam tidur. Tak der yang ganggu dan kacau.
So jangan ingat letak jawatan tu sebab taksub pada parti atau tak suka pada MB, tapi sebenarnya semua kerana mentaliti Ketua ketua kampung yang pucat lesi ketakutan dan tak der masa depan. Kalau kerana tanggung jawab, orang tak berebut jawatan. Semuanya kerana peluang semakin dekat dan duit mudah dapat. Hehhhhhh, kalau aku bukan orang kampung pun mungkin aku tak tau.
Kalau elaun ketua kampung dinaikkan jadi RM2000, aku rasa yang letak jawatan pun akan batal cadangan. Bukan tu aje....aku yang kat pekan pun akan balik untuk buat permohonan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI